Berblogger!





   Blog! dulu keyrill memang tidak minat benda internet macam ni. walaupun ramai kawan-kawan yang memiliki komputer ataupun laptop pernah menunjukkan keyrill kegunaannya, namun tiada satu pun yang masuk dalam otak! semua keluar. bukan apa, malas sangat nak simpan. lagipun, keyrill bukannya ada pun komputer sendiri dahulu. itulah pasal. ada komputer tapi guna cc, i mean, cyber cafe. itupun main game jer...ahakz! masih budak2 lagi waktu tu bukannya boleh berfikir pun. adoi! bnyak yang terbongkar pasal diri keyrill hari ni. ahakz!

   dan sekarang setelah memiliki segalanya, keyrill begitu berterima kasih kepada Tuhan kerana memberi kemudahan seperti ini kepada keyrill dan inilah yang mengajar keyrill untuk lebih mengenali dunia luar dan belajar dari semua itu. dari ini pulalah keyrill dapat mengetahui berita dari negara lain dan sebagainya mengenai internet.




   tapi, setelah itu, keyrill berjumpa pula dengan kawan baru kat sekolah baru juga. kawan keyrill inilah yang mengajak keyrill untuk berblogger. sebelum itu, keyrill hanya ada facebook dan belum tahu lagi terdapat aplikasi yang lain laginya. then, setelah itu keyrill cubalah untuk buat blog sendiri. apabila tidak faham bagaimana nak atur blog keyrill ni, keyrill akan tanya kawan keyrill tu. awalnya keyrill hanya angguk2 jer waktu dia ajak keyrill untuk berblogger. namun setelah dia ceritakan segalanya dari A-Z kepada keyrill mengenai blog, so keyrill rasa tertariklah dan cuba menanam minat kat sini. 

    setelah itulah keyrill dapat meluaskan lagi pengalaman keyrill mengenai dunia internet ini. walaupun ada kabaikannya, ada juga keburukannya, kan? keyrill pun pernah belajar mengenai kebaikan dan keburukan internet. korang pun sama gak, kan? hehe...keyrill bagitau kawan keyrill tu yang keyrill pernah dengar mengenai blog ialah sewaktu mendengar radio kecil-kecil dulu di mana seorang blogger pernah dipenjara akibat menuduh perdana menteri yang bukan-bukan dalam blog. itu jer yang keyrill masih ingat dan bagitau kat dia. betul tak apa yang keyrill bagitau itu bahawa seorang blogger dipenjara gara-gara menuduh perdana menteri?




     last sekali, terima kasihlah kepada kawan keyrill tu, dia dah banyak membantu keyrill. kepada blogger yang turut membantu keyrill, terima kasih jugalah ek. keyrill menghargai pertolongan korang semua. kalau takder korang, mana keyrill boleh sampai ke tahap ni, kan? hurm, tapi tetap ada kekurangan, kan? keyrill taklah kreatif sangat cuma buat yang simple jer dan kawan keyrill tu dah bnyk kali dah komen itu ini tentang blog keyrill. ini salah, tak cantiklah dia kata. apa2pun, keyrill terima komen dia. dialah penyebab keyrill ada di sini. lastly, terima kasih bnyak2 geng2 Nuffnang yang memberi inspirasi kepada keyrill untuk terus berblogger!

Terima kasih semua, keyrill sayang korang! <3

2 comments:

ken berkata...

enjoy blogging! =)

Keyrill Eduardo Willeyhem berkata...

@ ken : okey, thnk you so much k... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...