Perlu ke bercerita tentang sex secara openly?


Salam ...


    Huih, makin lama, makin sedikit entry yang keyrill post. tulah pasal, asal je buka sekolah, memang mcm tak ada masa langsung nak update entry. maaflah ek. itupun kalau korang ada baca entry keyrill, so, korang perasanlah keyrill ni ada post entry baru ke tak ? ni baru je habis dinner mlm ngan family kat luar tadi. ahakz! best gak ... dpt meluangkan masa sekali-sekala ngan family, kan ?


ni, korang pernah berbual kosong ngan kawan2 tak tentang 'sex' dlm BI dan 'seks' dlm BM. nak faham lagi, hubungan intim ler ... mustahil korang tak kenal apa maknanya tu. tak tahu maknanya, korang normal ke tak ? ha ... ni, keyrill rasa sedikit pelik sebab berbual kosong dengan kawan2 tentang sex! apatah lagi kalau kawan2 perempuan turut ikut sekali! ha ... patut ker bercerita tentang sex ni secara openly? secara terbuka ?


aku rasa perlu gak lah, sebab, kita akan mengenal dan mengetahui keburukan dan kebaikan sex. terutama di kalangan remaja. apatah lagi kalau kita membincangkan hal sebegini dengan secara positif. memang membawa faedahnya. then, masing2 membentangkan pendapat masing2 mengenai pengalaman yang dorang dpt dari kawan2 atau dari apa yang dorang dengar org cerita. so, ini yang menyedarkan dorang. ternyata memalukan dorang kata. ha, taupun yg mengadakan sex bebas ni memalukan dan menjijikkan.


so, janganlah lakukan perbuatan berdosa tu. dengar pendapat kawan2 tadi, apa yang mereka ketahui mengenai sex ni, bertapa penyesalan tidak akan mengembalikan kesucian dorang terutama kaum hawa. ha ... bagus juga bercerita tentang sex ni ek! boleh share, beri nasihat dan contoh yang boleh diterima. jangan je ada yang fikir negatif tu. pantang sebut 'sex', mulalah kepala hotak tu menguning! isk3 ... tak baik tau!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...