Surat layang a.k.a Blackmail? kenal tak?


    dah habis buat rutin harian di waktu pagi, keyrill menaip lagi! rutin harian tu apa? la, takkan tak tahu? kemas bilik tidur pastu mandi then sarapan. ha ... faham? kalau tak tahu juga, ada yang tak betullah tu. ahakz! joke jer ... jangan terus nak amik hati. ha, sikap professional sikit ek! kalau dah siap semua tu (rutin harianlah...), memang keyrill akan duduk depan pc ni. menaip apa2 jer. yang penting aku tak mengganggu orang (ko jaga hidup ko sendiri). sori, sengaja nak bagi peringatan sebab ramai orang yang suka menjaga tepi kain orang lain. aik? berguna juga pepatah tu ek? he he ...

    ni ha, nak tanya boleh? korang pernah terima surat layang tak? ala, tak kenal surat layang tu apa rupa2nya? patutlah ternganga jer tadi. he he. siannya dia ... meh keyrill bagitau, surat layang tu surat yang xda nama pengirimnya, xda alamatnya, dalam BI kalau tak silap nama dia, 'blackmail' ? Ben bagitau dorang surat layang tu apa? gurau jer. he he. hurm, apa2 jer lah. yang penting korang mesti kenal dan tahu apa dia surat layang. bukan apa, surat layang ada bahayanya juga. baik pun ada! ha, jangan tak caya. masih ingat lagi kat sekolah rendah dulu2 waktu masih kecil2 lagi, nah, bagi surat kat perempuan! (Baik ke tu? hu hu hu) bukannya tahu surat yang ditulis tu betul ke tak? yang penting perempuan tu terima. ha ha ha ... (kantoi!)

    dahlah alamat xda nama pun xda! adoi! biasalah, budak kecik katakan. itu baiklah tu, dapat mengeratkan hubungan (ni dah mengajar ni). he he. dalam pada itu, surat layang yang bahayanya ialah, kalau org dengki atau mengancam kita, ni ha, surat layang lah dorang beri. so, hati2 k. mcm gambar kat atas tu. mcm tu lah rupa surat layang. suka hati je dia hantar surat tak bernama. ahakz! kalau nak komen tentang sesuatu masalah kat pihak berkuasa pun guna surat layang juga. ha, korang x boleh tulis nama, alamt korang dan sebagainya mengenai korang. yang korang bagitau, cuma kejadian waktu tu juga. faham? aik? mengajar pulak aku kat sini. he he. kalau korang guna dengan membanteras jenayah di negara kita tak apa, jangan pula guakan untuk menjadi penjenayah k ...

         

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...