Terlalu Cinta vs Di Akhir Penantian, mana satu best?




"Terlalu Cinta" 

    
    Memang benar ... perkahwinan atas dasar keluarga tidak akan menjanjikan sebuah kebahagiaan yang didambakan di antara dua insan. Apa tidaknya, tanpa diduga rancangan perkahwinan dijalankan sedangkan kedua-dua insan itu saling tidak mengenali. kata orang, tak kenal, maka tak cinta! Itulah kisah rumahtangga Alia Fairina dan Shahrizam Ahmad. Perbalahan seringkali tercetus di antara mereka. Tiada keserasian! Shah sudah lama mencintai Sally namun perasaannya tidak pernah terluahkan. Manakala, Alia terbelenggu dengan perasaannya terhadap Shah. Dendam, benci, dan geram seringkali berbaur dalam diri mereka sehingga muncul suatu perasaan aneh dalam diri mereka iaitu mereka saling menyintai. Namun kerana janji, segalanya musnah! Keyrill akan mengahwini Sally. Alia pasrah dengan segalanya. Namun, kemunculan Helmi Zukhairi merubah hidup Alia yang terkapai-kapai hilang arah tujuan bersama bayi di dalam kandungannya. Dapatkah Alia mempertahankan rumah tangganya?


"Di Akhir Penantian"


    Dato' Ismail memberitahu Aishvelina bahawa dia akan meletakkan jawatan dan memberi tanggungjawab kepada anaknya. Namun lelaki itu ingin memberi kejutan kepada Aishvelina dengan tidak memberitahu siapakah pengurus baru dia di syarikat itu, AMB Holdings? Oleh kerana geram dan marah menunggu sahabatnya Diana, Aishvelina keluar dari kereta dan membuka pintu kereta dengan kasar sehingga menyebabkan seorang pemuda terjatuh akibat terkena hentaman pintu yang dibuka kasar itu. Maka, pergaduhan tercetus di antara mereka. Itulah pertemuan pandang pertama mereka. Bermulanya dengan pergaduhan. Aishvelina benci dengan pertemuan itu. Lebih memeranjatkan lagi apabila mengetahui bahawa pemuda yang bertengkar dengannya itulah yang menjadi pengurus barunya, Hezriq Ismail! Kebencian mereka berlarutan sehingga Hezriq melakukan pelbagai cara untuk membalas dendam terhadap Aishvelina. Gadis itu diberikan tugasan yang banyak dan sebagainya. Sebagai setiausaha, Aishveline pasrah. Lebih mendera lagi, apabila dia mula mencintai lelaki itu yang sudah berpunya. Dia tidak ingin menjadi perampas. Tapi perasaannya tidak boleh dibohongi. Apakah benci ini akan berlarutan andai seorang di antara mereka pergi dan tak kembali? ... sudah pasti rindu menggamit setiap inci perasaan mereka ...



    ha, macam mana? apa korang rasa selepas korang baca? mana satu best ek? bagi cadangan sikit, sebab keyrill nak cuba karang novel ni. Bukan apa, nak try camna rasanya buat novel ni. he he he ... lastly, thnk you semua sebab membaca ... 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...