Lelaki pun nak kelihatan cantik!!

Salam ...


    Bukan hanya wanita sahaja yang bimbang tentang penampilan dirinya sebaliknya golongan lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan tentang penampilan diri mereka terutama di hadapan pasangan masing-masing.

Menurut Penyunting Jumal Perubatan British, David Castle, rasa malu yang menebal menyebabkan golongan lelaki enggan berbincang secara terbuka mengenai masalah mereka.

Kita tahu bahawa wanita seringkali bimbang tentang saiz buah dadanya yang kononnya dianggap kecil, punggung yang agak lebar, selulit pada perut, paha dan garis-garis kedutan pada wajah. Lelaki juga menghadapi masalah yang sama dengan wanita iaitu sering tidak puas hati dengan penampilan tubuh mereka. Ada saja yang tidak kena. Tapi, tahukah anda bahawa masalah imej tubuh ini sebenamya lebih serius di kalangan lelaki. la dikenali sebagai gangguan dysmorphic.

Biasanya masalah yang menjadi kebimbangan golongan "gagah perkasa' ialah masalah tentang penampilan diri seperti jerawat dan parut, masalah keguguran rambut dan botak serta alat kelamin mereka.

Walaupun masalah ini tidak terlalu serius namun ia sedikit sebanyak membuatkan mereka sedikit tertekan dan ada juga golongan lelaki yang tidak dapat menjalani rutin seharian dengan normal. Hingga kini tidak dapat diketahui apakah punca masalah ini melanda golongan lelaki. Mungkin faktor psikologi, genetik dan tekanan sosial menjadikan mereka berfikiran begitu.



P/S : asal jngan terlebih cantik sudah!

4 comments:

Amir Izzat berkata...

apa dicerita kau ya? udah gik...ilek jk sia..haha..

payu dara? wow!

Keyrill Eduardo Willeyhem berkata...

@ Amir : yalor...apakah! hahaha,..

tengkorakemas berkata...

aku cuma fikir nak jadi tough je haha

Keyrill Eduardo Willeyhem berkata...

hahaha...yeker? cuba pergi sini! tngok keyrill lak! huhuhu

http://keyrillaugustine.blogspot.com/2010/09/aik-ko-ker-ni-keyrill.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...