Final Destination


       hello blogger dan kawan2...ha, sekarang ni pula keyrill nak share filem favourite keyrill yang kedua pula...hehehe...apa dia? hehehe...nntilah kita tonton sama2 trailer filem ni k... hurm, walaupun tidaklah sehebat filem Titanic, namun filem ini tetap memberi impak yang besar kepada saya. memang umph! ahakz! okey, jom kita layan trailer final destination yang pertama ni.

FINAL DESTINATION 1 :


    Fuhh! camner? hehehe...pas tengok video tu apa yang korang fikirkan? ha...best kan? hehehe...filem yang pertama ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar ni yang ingin menghabiskan percutian mereka dgn melancong dan menaiki "Flight 180". namun, Alex mendapat mimpi ngeri bahawa kapal terbang yang mereka naiki itu akan meletup malah melibatkan semua penumpang dlm kapal terbang itu. tiada yang selamat. setelah sedar sahaja dari mimpi, Alex lantas memberitahu penumpang kapal terbang tersebaut mengenai mimpi yang dialaminya itu, namun tiada yang mempercayainya.setelah keluar dari kapal terbang itu, mereka pun cuba ditenangkan. beberapa minit kemudian, malang benar-benar berlaku!! mereka melihat kapal terbang itu meletup! ha...kalau korang nak tahu apa yang berlaku seterusnya? korang tontonlah sendiri ek....heheh...keyrill x dapat nak cerita panjang2... 

FINAL DESTINATION 2


    Ha! kali ini pula berlaku kepada hidup seornag perempuan! mereka sekawan dalam perjalanan untuk keluar berjalan-jalan. kali ini berlaku kat jalan raya pulak. Kimberly mendapat mimpi buruk yang mana berlakunya kemalangan yang paling teruk dan melibatkan ramai nyawa mati. tersedar sahaja dari mimpi, Kimberly memberitahu rakan2nya yang kemalangan yang dia lihat dalam mimpinya itu akan berlakunamun tiada yang percaya. namun, seperti yang tertulis dlm takdir hidup mereka yang ''terpilih'' dlm permainan kematian ini, kemalangan itu benar2 berlaku!! ha...amacam? ada best tak? ikutilah kisah selanjutnya kalau korang semua nak tahu apa yang bakal berlaku kepada mereka... heheh...

FINAL DESTINATION 3 :
  

     kisah mimpi ngeri ni bersambung lagi nampaknya. hehehe... kali ini berlaku ketika Wendy, Kevin, Ian dan Erin pergi ke sebuah pesta ria. mereka sekawan berhasrat untuk mencuba menaiki roller-coaster yang mana orang kata itulah sebuah roller-coaster yang begitu mengerikan dgn kelajuan dan mereka kata ada feel kalau menaiki roller-coaster tersebut. namun, Wendy mendapat mimpi buruk di mana mereka semua yang menaiki roller-coaster tersebut akan terlibat dlm kemalangan dan tiada seorang pun yang selamat! ha, mcm mana? kalai ini okey x? heheheh....seperti biasa, kalau korang nak tahu jalan ceritanya mcm mana, korang tontonlah sendiri ek... 

FINAL DESTINATION 4


    Wooooo!!!!! kali ini lagi teruk! hurm... entah mcm mana dorang nak selamatkan diri dari kematian, kan? kali ini berlaku kepada hidup Nick pula dimana dia dan kawan2nya sedang menyaksikan pertandingan lumba kereta dan Nick mendapati sesuatu yang tidak kena dgn tempat itu! seperti biasa juga, kemalangan yang berlaku hanyalah mimpi namun bagi mereka, mimpi adalah nyata dan mereka tidak dapat melarikan diri dari kematian itu. hehehe....korang pasti dah tngok filem ini, kan? filem keluaran tahun lepas (2009). kepada yang belum menonton filem ini lagi, pergilah tonton yer kalau nak tahu kisahnya. heheh...

    okeylah, mcm mana setelah membaca dan melihat preview filem final destination ini dari awal sampai akhir. menarik x? heheheh...ha, korang jgn ketinggalan untuk menonton filem ni okay... :) lastly, thnks for reading and have a nice day to you all, friends...dont forget to leave a comment (really appreciate it) and follow me okay...

Sejarah kapal gergasi (Titanic)


     hye kawan-kawan. keyrill kembali lagi. hehehehe...ini yang keyrill nak share dgn korang tentang filem kegemaran keyrill tadi kan? video di atas tadi sudah pasti menybabkan anda tahukan filem apa yang keyrill nak kongsi dgn korang ni? apa dia? TITANC! hehehhe...the most popular movie all over the world! filem romantik yang masih kita ingat dan kenang sehingga kini. jom kita sama2 baca artikel yang keyrill dapat sebentar tadi kat internet.

pembinaan Ttanic :
 Kapal Titanic memulakan pelayaran pertamanya dari SouthamptonEngland, untuk perjalanan ke Bandar New York, New York, pada Rabu, 10 April 1912, di bawah kendalian Kaptain Edward J. Smith. Ketika Titanic bergerak meninggalkan pelabuhan, kuasa sedutan yang dihasilkan oleh kapal tersebut menyebabkan kapal penumpang New York, yang berlabuh berhampiran, putus tambatan dan ditarik begitu hampir (sekitar 4 kaki) dengan Titanic sebelum kapal tunda menunda New York dapat mengelak. Kejadian tersebut melewatkan Titanicberlepas satu jam dari jadual sebenar. Selepas menyeberangi Selat InggerisTitanic berhenti di CherbourgFrance, untuk menurunkan dan mengambil penumpang tambahan dan berhenti sekali lagi di Queenstown (sekarang ini dikenali sebagai Cobh), Ireland, sebelum meneruskan pelayaran ke New York dengan 2,223 penumpang. 

Pelayaran pertama :
 Kapal Titanic memulakan pelayaran pertamanya dari SouthamptonEngland, untuk perjalanan ke Bandar New York, New York, pada Rabu, 10 April 1912, di bawah kendalian Kaptain Edward J. Smith. Ketika Titanic bergerak meninggalkan pelabuhan, kuasa sedutan yang dihasilkan oleh kapal tersebut menyebabkan kapal penumpang New York, yang berlabuh berhampiran, putus tambatan dan ditarik begitu hampir (sekitar 4 kaki) dengan Titanic sebelum kapal tunda menunda New York dapat mengelak. Kejadian tersebut melewatkan Titanicberlepas satu jam dari jadual sebenar. Selepas menyeberangi Selat InggerisTitanic berhenti di CherbourgFrance, untuk menurunkan dan mengambil penumpang tambahan dan berhenti sekali lagi di Queenstown (sekarang ini dikenali sebagai Cobh), Ireland, sebelum meneruskan pelayaran ke New York dengan 2,223 penumpang.


           Titanic mempunyai tiga bahagian kelas penumpang yang diasingkan. Kelas ketiga yang juga dikenali sebagai steerage, terdiri daripada kabin kecil di dek bawah, diduduki kebanyakannya oleh pendatang yang mengharapkan kehidupan lebih baik di Amerika. Kabin dan bilik umum kelas kedua yang terletak di buritan kapal adalah sama dengan kemudahan kelas pertama di kapal-kapal yang lain. Kebanyakan penumpang kelas kedua pada asalnya menempah kelas pertama di kapal yang lain tetapi disebabkan mogok arang batu, mereka dipindahkan ke Titanic. Kelas pertama merupakan bahagian paling mewah di atas kapal.
Sebahagian daripada orang yang terkenal turut belayar sebagai penumpang kelas pertama. Ini termasuk jutawan John Jacob Astor dan isterinya Madeleine Force Astor; pemilik kilang Benjamin Guggenheim; pemilik MacyIsador Straus dan isterinya Ida; jutawan Denver,Margaret "Molly" Brown; Sir Cosmo Duff-Gordon dan isterinya, pereka fesyen, Lady Lucille Duff-Gordon; George Elkins Widener dan isterinya, Eleanor; John Borland Thayer, isterinya Marian dan anak mereka yang berusia tujuh belas tahun, Jack; wartawan William Thomas Stead; Countess of Rothes; pembantu presiden U.S. Archibald Butt; pengarang dan sosialit, Helen Churchill Candee; pengarang Jacques Futrelle, dan isterinya May, dan rakan mereka, pengarah Broadway Henry dan Irene Harris; pelakon wanita filem bisu Dorothy Gibson; dan yang lain. Turut bersama di kelas pertama adalah pengarah urusan White Star Line J. Bruce Ismay yang mencadangkan Titanic dan pembina kapal Thomas Andrews, yang turut bersama bagi memantau sebarang masalah dan menilai prestasi keseluruhan kapal baru tersebut.
Malapetaka :                                                  
                                                                                           
            
Pada malam Ahad, 14 April, suhu menurun sehingga tahap hampir beku dan laut tenang. Bulan tidak muncul manakala langit pula cerah. Kapten Smith bertindak kepada amaran ketulan aisberg melalui wireles semenjak beberapa hari dengan mengubah haluan Titanic ke arah lebih selatan. Pada Ahad tersebut iaitu pada 1:45 PM, pesanan dari kapal wap Amerikatelah memberi amaran bahawa air batu besar terapung dalam laluan Titanic, tetapi amaran ini tidak dihantar ke dek kawalan. Lewat petang itu, satu lagi laporan mengenai ketulan air batu besar yang banyak, kali ini daripada Mesaba, turut gagal disampaikan ke dek kawalan.
 Pada pukul 11:40 PM ketika berlayar di selatan Grand Banks di Newfoundland, pemantau Fredrick Fleet dan Reginald Lee melihat ketulan air batu yang besar tepat di hadapan kapal. Fleet membunyikan loceng kapal sebanyak tiga kali dan menelefon dek kawalan lalu memberitahu, "Aisberg, betul-betul di hadapan!" Pegawai Pertama Murdoch mengarahkan pusingan mengejut ke port (kiri) dan kelajuan tinggi ke belakang, yang menghentikan dan kemudiannya mengundurkan enjin kapal. Perlanggaran ternyata tidak dapat dielakkan, dan aisberg tersebut bergesel dengan bahagian kanan sisi kapal, merenggangkan badan kapal di beberapa bahagian dan melantunkan kimpalan rivet di bawah paras air sepanjang sekitar 91 m (300 kaki). Pintu kedap air ditutup apabila air mula memasuki lima bahagian kedap air pertama, lebih satu daripada apa yang dapat ditanggung Titanic. Berat lima bahagian kedap air yang dimasuki air menarik kapal ke bawah melebihi ketinggian dinding kedap air lalu membenarkan air untuk memasuki bahagian lain. Kapten Smith, merasai gegaran hentaman itu lalu menuju ke dek pengurusan dan memerintahkan berhenti sepenuhnya. Selepas pemeriksaan oleh pegawai kapten dan Thomas Andrews, jelas disedari bahawa Titanic akan tenggelam, dan sejurus selepas tengah malam pada 15 April, perahu penyelamat diperintahkan untuk disediakan dan panggilan keselamatan mula dihantar.
 Bot penyelamat pertama dilancarkan, bot 7, diturunkan pada pukul 12:40 AM di bahagian kanan kapal dengan hanya 28 orang di atasnya.Titanic membawa 20 perahu penyelamat dengan keupayaan penuh 1,178 orang. Walaupun tidak mencukupi untuk membawa kesemua penumpang dan anak kapal, Titanic membawa lebih banyak bot berbanding yang disyaratkan oleh Lembaga Peraturan British (British Board of Regulations). Pada masa itu, jumlah bot penyelamat yang diperlukan ditetapkan menurut tan kasar kapal, bukannya jumlah orang yang dibawanya.
Penumpang kelas pertama dan kedua lebih mudah menuju ke bot penyelamat dengan tangga yang menuju terus ke dek bot, tetapi penumpang kelas ketiga lebih sukar. Ramai mendapati laluan dari bahagian bawah kapal sukar difahami dan menyukarkan mereka untuk sampai ke bot penyelamat. Lebih buruk lagi bagi penumpang kelas ketiga apabila pintu dikunci oleh anak kapal yang menunggu arahan bagi membenarkan penumpang naik ke geladak.

 Operator radio tanpa wayar Jack Phillips dan Harold Bride sibuk menghantar kodCQD, isyarat kecemasan sejagat. Beberapa kapal menyahut, termasuk Mount TempleFrankfurt dan kapal saudara TitanicOlympic, tetapi kesemuanya terlalu jauh untuk sampai sebelum Titanic tenggelam. Kapal terdekat adalah RMSCarpathia kepunyaan Cunard Line yang sejauh 93 kilometer (58 batu) dan hanya sampai selepas empat jam; terlalu lewat untuk sampai ke Titanic. Satu-satunya daratan yang menerima isyarat kecemasan Titanic merupakan stesyen wireles diCape RaceNewfoundland.
 Pada mulanya, penumpang enggan meninggalkan Titanic untuk menaiki kapal penyelamat yang kecil kerana merasakan Titanic lebih selamat dan selesa serta tiada sebarang tanda yang menunjukkan mereka sedang berada dalam keadaan bahaya. Malahan, terdapat khabar di antara mereka bahawa mereka dikehendaki turun ke dalam bot penyelamat hanya sebagai syarat untuk mematuhi undang-undang yang ada dan mereka difahamkan lagi bahawa mereka akan kembali ke kapal untuk sarapan pagi kerana mereka percaya kapal tersebut tidak akan tenggelam. Ini menyebabkan kebanyakan bot dilancarkan separuh kosong dan terdapat satu bot yang mampu membawa 40 orang berlepas dengan hanya 12 orang di atasnya.
 Dengan arahan "wanita dan kanak-kanak dahulu" diberi keutamaan untuk menaiki bot penyelamat, Pegawai Kedua Lightoller, yang mengisi bot penyelamat di sebelah kiri, hanya membenarkan lelaki yang diperlukan sebagai pengayuh dan tidak untuk sebab lain walaupun masih terdapat tempat kosong. Pegawai Pertama Murdoch, yang mengisi bot di sebelah kanan kapal, membenarkan lelaki naik sekiranya wanita tidak mencukupi. Apabila kapal semakin condong, penumpang mulai cemas dan sesetengah bot berlepas penuh. Pada 2:05 AM, seluruh bahagian haluan kapal tenggelam di bawah air dan ketika itu, selain dua buah bot, semua bot penyelamat yang lain telah dilancarkan. 
Sekitar 2:10 AM, bahagian belakang kapal terangkat dari paras air menampakkan bilah kipas, dan pada pukul 2:17 aras air mencecah geladak bot. Keadaan semakin hangat apabila dua bot penyelamat terakhir terapung dari geladak, satu terbalik dan satu lagi separuh berisi air. Tidak lama kemudian, serombong paling hadapan jatuh, meremukkan sebahagian dek pengurusan dan mereka yang terapung di permukaan air. Di geladak, para penumpang berlari ke arah buritan atau melompat ke laut dangan harapan dapat sampai ke bot penyelamat. Bahagian buritan kapal perlahan-lahan terjungkit ke langit, dan barang-barang yang tidak terikat jatuh ke dalam laut. Semasa bahagian belakang kapal terjungkit, sistem eletrik gagal dan semua lampu terpadam. Tidak lama kemudian, tekanan pada badan kapal mengakibatkanTitanic pecah dua antara dua serombong terakhir, dan bahagian hadapan tenggelam sepenuhnya. Bahagian belakang terapung di permukaan air seketika dan terjungkit menegak. Selepas beberapa ketika, pada pukul 2:20 AM, kesemuanya tenggelam ke dalam laut.
Daripada sejumlah 2,223 orang, hanya 706 terselamat; 1,517 mati. Kebanyakan kematian disebabkan mangsa terkena hipotermia dalam air bersuhu 28 °F (−2 °C). Hanya dua daripada 18 bot penyelamat yang dilancarkan kembali untuk menyelamatkan mangsa dari dalam air selepas kapal tenggelam. Bot penyelamat 4 kembali dan menyelamatkan lima orang, dua daripada mereka mati kemudiannya. Hampir sejam kemudian, bot penyelamat 14 kembali dan menyelamatkan empat orang yang mana satu mati kemudiannya. Ada yang lain berjaya menaiki bot penyelamat yang terapung daripada geladak. Terdapat pertikaian dalam bot penyelamat lain sama ada hendak kembali, tetapi kebanyakan yang terselamat takutkan bot penyelamat mereka akan tenggelam akibat dikerumuni mangsa yang cuba menaiki bot mereka atau "ditarik" oleh Titanic yang tenggelam, walaupun sebenarnya hanya sedikit tarikan berlaku.
 Ketika kapal tersebut tenggelam ke dalam laut, kedua bahagian tersebut menjunam dalam cara berlainan. Bahagian haluan yang runcing mendatar kira-kira 609 m (2,000 kaki) di bawah permukaan dan mendarat dengan agak perlahan. Bahagian buritan bagaimanapun tenggelam dengan laju ke dasar lautan; badan kapal terburai akibat penguncupan udara yang terperangkap dalam kapal. Bahagian buritan kapal menghentam dasar pada kelajuan tinggi, terbenam jauh ke dalam lumpur.
Diselamatkan :



 Hampir dua jam selepas Titanic tenggelam, RMS Carpathia tiba di tempat kejadian dan mengambil bot penyelamat pertama. Dalam beberapa jam kemudian, mereka yang masih hidup di selamatkan. Di geladak Carpathia, khidmat doa ringkas untuk mereka yang terselamat dan bagi memperingati mereka yang mati diadakan, dan pada 8:50 AMCarpathia menuju ke New York, dan tiba pada 18 April.
Apabila kehilangan jiwa disahkan, White Star Line menyewa kapal MacKay-Bennett untuk mengambil mayat. Sejumlah 338 mayat akhirnya didapati. Kebanyakan mayat dihantar ke Halifax, Nova Scotia, di mana kebanyakan mayat yang tidak dituntut dikebumikan di Fairview Cemetery.


   ha...macam mana? selepas baca kisah Titanic ni apa perasaan korang? keyrill rasa sedih jer eheheh...memang sedih pun. apa tidaknya, beribu-ribu nyawa melayang, kan? hurm...okeylah itu saja yang dapat keyrill share dengan korang... take care and thnks for read and leave a comment to this post! <3 you all..





Filem-filem Kegemaran Ku

    Chak! hello..keyrill disini. ha...korang nak tahu tak apa yang keyrill nak kogsi dengan korang? korang nak tahu tak filem-filem kegemaran keyrill? kalau korang nak tahu, filem-filem inilah yang sering keyrill tonton. maybe dah berpuluh-pulh kali tonton. heheheh...hurm, maybe filem ni kegemaran korang juga ker? mana tahu, kan? filem kegemaran keyrill yang bergenre aksi, adventure, misteri, thriller,horror, romantik apatah lagi filem lawak. ^_^  pasti korang suka kan?


Senarainya :


1. Titanic (romantik)
2. Final Destination 1-4 (horror)
3. I Know What You Did Last Summer 1-3 (horror)
4. Jurassic Park 1-3 (adventure)
5. Predator 1-4 (aksi)
6. G.I JOE (aksi)
7. American Pie 1-5 (lawak)
8. Scary Movie 1-4 (lawak/misteri)
9. Twilight, New Moon, Eclipse (misteri/aksi/romantik)
10. Inception (aksi)


   ha, korang dah tahukan antara filem  kegemaran keyrill. sebenarnya banyak  lagi filem-filem yang begitu keyrill gemari, tapi sebab tak mampu nak ceritakan kepada korang sebab lepas ni keyrill nak buat sinopsis pulak, hehehehe...tulah x tahu nak cerita banyak2 nnti. well, its okay, right? maybe next time lah share yang lain kalau mengizinkan ^_^


    itu jer yang keyrill nak kongsi kan dengan korang hari ni. just nak bagitau tentang filem2 kegemaran jer. lepas ni nak buat sinopsis and kenapa keyrill minat filem tu pulak. hurm, apa agaknya yang keyrill share nnti yer? sinopsis apa? huhuhuhhu...tunggu k.. ^_^

Gelagat Saya dan Kawan-kawan kat Mc Donald


    hai kawan-kawan, hehehe..ni keyrill nak kongsi sikit citer ngan korang gelagat saya dan kawan kat Mc D. hehehee....seoronok betul waktu tu. dorg seronoklah sebab aku yang belanja...huhuhuhu... lebih kurang 7 atau 8 orang kawan-kawan yang join sama. :P. oleh sebab saya yang belanja, semua menu makanan sama! hahahaha...so, kami terpaksalah pilih Mc Value Lunch untuk tengah hari tu. 



   hehehehe...seronok juga dapat keluar ramai2 kan? jom layan pic kami dgn gelagat masing2...huhuuh.... :


hehehe...posing maut nampaknya!


amboi!


syoknyer main hp! aik? hp akulah! ahaks!


ini pun satu, apakah yang dibuatnya tu?


 
well, thats me! :P


peeewwwiiittt!


ahaks! 


eh, eh, eh, eh!


ahahaha...azmizie ni memang x habis-habis!


ehem! tangan main!

   well, itu jer foto yang saya dapat kongsikan dgn korang. hehehehe...amacam? ok x? dorang ok, aku yang x ok... heheheh...xpe, sekali-sekala beramal untuk orang kan? ^_^ bukan nya mahal pun belanja dorang, RM36 jer aku bayar hari tu. huhuh...hai, bila lagi dapat kluar ni? okeylah, thnks all for reading. lastly from me, take a good care ya. <3 you all.



sekian .....

Adoi!!! Sakitnya perut aku ni!


   adoi! napa pulak bole sakit perut harini?? hurm... (T_T) sakitnyer menahan... entah lah? berapa kali agaknya dah masuk tandas...? adoi!!! ni mesti pasal makanan yang auntie masak ni...salah makan lah tu. :'( tulah, pelahap sangat agaknya. memang pun! >_< huhuhhu...



   inilah tempat yang sesuai untuk aku harini...adoi! perut napa kau sakit?? hurm...x tahan ni! lepas jer 5-7 minit mcm tu, mesti perut ni mula lagi terasa sakit and tandaslah tempat nya lepas tu... adoi!! maybe inilah sebabnya :

   

   masih sakit tapi dah semakin okeylah skarang ni. hurm... sedikit tak ceria harini gara-gara sakit perut ni aku susah nak happy! asyik menahan dan menahan... :P huhuhuhuhhuh. apa-apapun, jgn tersalah makan ya kawan2. tak pasal2 sakit perut pulak pastu..hurm..siapa yang susah... thnks for reading!  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...