Movie mana best ek?

    adoi! bingung keyrill dibuatnya. nak tonton filem apa ek? semua best! mana satu ni??? hurm... ^_^ keyrill nak pilih sama ada ini...

The Sorcerer Apprentice :





Step Up 3 :




Inception :



    
    ha, mana satu best ek? huh! susahnyer keyrill nak buat pilihan...semua cam best jer! adoi! takkan nak beli semua tiket sekali gus! ahakz! boleh bankrap keyrill nanti... :)  

Dyesebel ( Touching Part )



Salam ...

    keyrill baru jer tengok sebuah drama versi filipina kat you tube sebentar tadi. korang takkan tak tahu drama apa tu? hehehe...apa lagi, Dyesebel lah... keyrill rindu nak tengok cerita ni so, keyrill carilah kat you tube...heheh... kalau korang nak tahu, inilah part yang paling sedih keyrill tengok. keyrill betul-betul sedih tengok tadi... adoi! layan k...

Everything I Do, I Do It For You!

Bryan Adams - Everything I Do, I Do It For You.
   
   lagu yang menjadi lagu tema untuk filem Tuhan Yesus - Passions Of The Christ. sedihnyer lagu ni kan? hehe...patutlah sesuai sangat-sangat dengan filem tu. menonton filem ini membawa kita kembali ke zaman dahulu di mana kita orang zaman itu dapat bersama Tuhan Yesus, Tuhan kita. filem ini mngisahkan gadis bernama Maria, seorang gadis suci dan Allah Taala menemukannya dengan Joseph untuk menjaga dan melahirkan anak utusan Allah Taala iaitu, Tuhan Yesus. Tuhan Yesus lah yang diamanahkan untuk memberitahu manusia bahawa dia adalah malaikat Tuhan dan ingin manusia menerima Tuhan dalam hidup mereka bagi jalan hidup yang lurus. namun setelah diketahui raja yang kejam, maka Tuhan Yesus ditangkap lalu dijatuhi hukuman mati. begitu terseksanya dia demi mengampunkani dosa manusia. dia sanggup mati demi umatnya... 

Idamanku ...

Koleksi kereta idaman keyrill :


merah seksi! ganas!


kacak!


biru tenang!


wow!


cantiknyer....


    kalaulah keyrill ni kaya-raya, hurm....keyrill nak pilih yang mana satu ek? ahakz! kalau korang nak tahu, inilah kereta idaman keyrill. korang takkan tak tertarik gak untuk memlikinya kan? hehehe...apa2pun, belum masanya lagi untuk kita memiliki kereta semahal dan sehebat ini. 

Lawak kejap jer!

    Cikgu Siti sedang mengajar murid-muridnya mata pelajaran Pendidikan Moral di dalam kelas 4 Mawar.

Cikgu Siti : Ha, murid-murid, kamu semua tahu tak orang yang baik akan masuk syurga?
Murid-murid : Tahu cikgu! (semua murid menjawab)
Cikgu Siti : Kalau macam tu, kamu semua nak masuk syurga tak?
Murid-murid : Nak cikgu! (semua murid menjawab lagi)
Cikgu Siti : Ha, okey. Siapa yang nak masuk syurga sila angkat tangan!

    Semua murid-murid mengangkat tangan kecuali Ali! Cikgu Siti menuju ke tempat duduk Ali.

Cikgu Siti : Ali, kenapa kamu tak angkat tangan? kamu tak nak masuk syurga ker?
Ali : (Menggeleng kepalanya) Mak kata, lepas balik sekolah, jangan pergi mana-mana, terus balik rumah.
Cikgu Siti : ??? (blur! hahahahahh!)

G.I JOE Movie


   ini pula merupakan salah satu dari filem yang begitu keyrill gemari. bukan apa, keyrill suka tonton filem yang banyak aksi. apatah lagi kalau beraksi dari awal lagi, kan? tidaklah boring filem itu nanti apabila ditonton. lagipun filem ini begitu seronok ditonton oleh sebab kemajuan teknologi yang ditonjolkan begitu ketara! memang bestlah katakan. okeylah, tak nak bercerita panjang lebar, filem ini mengenai pasukan tentera yang menyertai pasukan G.I JOE untuk menghapuskan sepasukan pembelot negara dan ingin menghapuskan negara itu dengan racun ular yang mereka rampas dari pasukan G.I JOE. semuanya gara-gara terdapat pengkhianat di antara mereka! tontonlah ek! best filem ni...hehe...  

Sapa ni ek?



    hahahaha...ni, keyrill ada story nak cerita ngan korang. semalam keyrill baru jer beli kad sim celcom yang baru. pastu keyrill simpan semua nombor yang keyrill kenal ke dalam memory sim tu. keyrill belum guna lagi sebab kena tunggu 24 jam untuk mengaktifkannya, kan? then, hari ni keyrill check lah balance yang ada dalam kad sim tu ngan celcom. so, ada rm5 kat situ. pastu, tiba-tiba keyrill dapat satu mesej ni dari siapa entah dan mengatakan "hai, boleh berkenalan". keyrill pun terkejut beruk dibuatnya! apa tidaknya, keyrill belum bagitau sesiapa lagi tentang nombor keyrill yang baru ni.adoi! danger betullah! siapalah tu ek? eeeeiiii....meremang bulu roma aku (korang faham2 lah ek)!

Terima Kasih, Streamyx!

    Huh! pejam celik pejam celik, hari berganti hari. minggu berganti minggu. bulan berganti bulan. tahun berganti tahun. tak terasa dah lebih kurang 6 tahun lebih komputer keyrill ni menggunakan Streamyx. keyrill cuma guna tahun ni jer dan uncle dah 6 tahun lebih guna.

    adoi! selepas cuaca tak berapa bagus haritu, streamyx ni pun mulalah buat hal! biasanya, walaupun hari hujan, dia tetap laju untuk loading. tapi sekarang berubah. nak guna pun tak dapat. itulah pasal keyrill bengang betul dua hari yang lalu. apa tidaknya, dahlah buat hal. kita tiap-tiap bulan bayar bil tetap juga tak dapat guna. huh! T_T




    sekarang, keyrill guna broadband pula. so, terpaksalah bersabar tunggu dai loading. adoi! kalau ikutkan, nak guna digi dan maxis, tapi keyrill takut tak okey pula nanti. then, kepada Streamyx, terima kasih banyak-banyak ... di sini keyrill nak minta maaf sangat-sangat sebab dah terlanjur marah and kutuk korang. sekarang uncle dah potong dah line streamyx. so, that mean, keyrill tak guna streamyx lagilah.

   kepada korang yang guna streamyx, teruskan k...keyrill minta maaf juga kat korang yang menggunakan streamyx sebab dah berkasar dan mengutuk streamyx. jangan ambil hati k. lastly, terima kasih juga kepada korang sebab sudi meluangkan sedikit masa untuk membaca entri keyrill. chill up k.. ^_^

TERIMA KASIH STREAMYX!!

Awal Pagi Kena Tahan!

    Keyrill baru jer turun sekolah pagi tadi lebih kurang pukul 5.50 A.M macam tu lah. Ahakz!apalah nak jadi ngan pemandu keeta ni? awal-awal pagi dan bumi belum terang lagi dah kena tahan dengan polis! itulah, nak bawa kereta laju-laju pagi buta macam ni. kot-kot nak tunjuklah kereta dia tu power, last-last, kena tahan juga! kata orang dului-dulu kan, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.




     nasib baik tiada berlaku kemalangan. wahai pemandu-pemandu dan penunggang motosikal di luar sana, berhati-hatilah di jalan raya k. ingatlah orang tersayang. nyawa bukannya boleh ditukar ganti.terutama sekal;i waktu perayaan, kan? orang balik kampung dengan penuh  kegembiraan dan kesyukuran, tapi kita balik dengan kesedihan dan penyesalan. lastly, thnk you semua... :) jaga keluarga anda baik2 k....

Lagu yang mengajar aku meminati BI



    ha, korang percaya tak? korang tahu kan yang lagu ini lagu keluaran 2007 dahulu. ni keyrill nak bagitau korang, inilah lagu pertama yang menyebabkan keyrill mula meminati bahasa inggeris! setelah mendengar lagu ini ketika itu, keyrill rasa lagu itu begitu top dan hebat! memang hebat pun waktu tu kan sebab lagu baru lagi ketika tahun 2007 itu.


    

    hurm, lepas tu, keburukannya, keyrill dah tak minat lagi dah lagu bahasa Malaysia mahupun bahasa Iban, bahasa keyrill sendiri. adoi! tulah kesannya. korang semua jangan macam keyrill k. ahakz! apa2pun, kalau tersilap dan mnyinggung perasaan korang, keyrill mnta maaf k. okeylah, thnk you semua sebab sudi membaca entri keyrill...keyrill sayang pembaca entri keyrill walaupun keyrill tak kenal korang. tapi keyrill doakan agar korang sihat dan bahagia di samping orang tercinta k. <3

Berblogger!





   Blog! dulu keyrill memang tidak minat benda internet macam ni. walaupun ramai kawan-kawan yang memiliki komputer ataupun laptop pernah menunjukkan keyrill kegunaannya, namun tiada satu pun yang masuk dalam otak! semua keluar. bukan apa, malas sangat nak simpan. lagipun, keyrill bukannya ada pun komputer sendiri dahulu. itulah pasal. ada komputer tapi guna cc, i mean, cyber cafe. itupun main game jer...ahakz! masih budak2 lagi waktu tu bukannya boleh berfikir pun. adoi! bnyak yang terbongkar pasal diri keyrill hari ni. ahakz!

   dan sekarang setelah memiliki segalanya, keyrill begitu berterima kasih kepada Tuhan kerana memberi kemudahan seperti ini kepada keyrill dan inilah yang mengajar keyrill untuk lebih mengenali dunia luar dan belajar dari semua itu. dari ini pulalah keyrill dapat mengetahui berita dari negara lain dan sebagainya mengenai internet.




   tapi, setelah itu, keyrill berjumpa pula dengan kawan baru kat sekolah baru juga. kawan keyrill inilah yang mengajak keyrill untuk berblogger. sebelum itu, keyrill hanya ada facebook dan belum tahu lagi terdapat aplikasi yang lain laginya. then, setelah itu keyrill cubalah untuk buat blog sendiri. apabila tidak faham bagaimana nak atur blog keyrill ni, keyrill akan tanya kawan keyrill tu. awalnya keyrill hanya angguk2 jer waktu dia ajak keyrill untuk berblogger. namun setelah dia ceritakan segalanya dari A-Z kepada keyrill mengenai blog, so keyrill rasa tertariklah dan cuba menanam minat kat sini. 

    setelah itulah keyrill dapat meluaskan lagi pengalaman keyrill mengenai dunia internet ini. walaupun ada kabaikannya, ada juga keburukannya, kan? keyrill pun pernah belajar mengenai kebaikan dan keburukan internet. korang pun sama gak, kan? hehe...keyrill bagitau kawan keyrill tu yang keyrill pernah dengar mengenai blog ialah sewaktu mendengar radio kecil-kecil dulu di mana seorang blogger pernah dipenjara akibat menuduh perdana menteri yang bukan-bukan dalam blog. itu jer yang keyrill masih ingat dan bagitau kat dia. betul tak apa yang keyrill bagitau itu bahawa seorang blogger dipenjara gara-gara menuduh perdana menteri?




     last sekali, terima kasihlah kepada kawan keyrill tu, dia dah banyak membantu keyrill. kepada blogger yang turut membantu keyrill, terima kasih jugalah ek. keyrill menghargai pertolongan korang semua. kalau takder korang, mana keyrill boleh sampai ke tahap ni, kan? hurm, tapi tetap ada kekurangan, kan? keyrill taklah kreatif sangat cuma buat yang simple jer dan kawan keyrill tu dah bnyk kali dah komen itu ini tentang blog keyrill. ini salah, tak cantiklah dia kata. apa2pun, keyrill terima komen dia. dialah penyebab keyrill ada di sini. lastly, terima kasih bnyak2 geng2 Nuffnang yang memberi inspirasi kepada keyrill untuk terus berblogger!

Terima kasih semua, keyrill sayang korang! <3

Salt again!




    ni keyrill baru jer tonton The Making of Salt kat AXN sebentar tadi! hehehe...seronok tengok dia orang buat filem. ahakz! sekrang ni keyrill dah minat sangat kat Angelina Jolie! entahlah mengapa? maybe filem yang dia lakonkan baru-baru ini memberi kesan kepada keyrill. adoi! giler memang best! huh! walaupun sebahagian dari filem itu arahan Philip Noyce dan ditulis Kurt Wimmer dan Brian Helgeland, dan Angelina turut memberi kepercayaannya kepada mereka dengan turut memberi sedikit idea dan cadangan aksi dan tempat yang sesuai bagi mereka membuat sesi penggambaran! huh! memang berkaliber dan prihatin sungguh Angelina Jolie ni, kan? ahakz! okeylah, itu jer dari keyrill. kepada yang belom tonton filem ini, jangan tak tonton tau...keyrill jamin korang takkan rugi untuk membayar satu tiket bagi menonton filem ini! lastly, thnks for reading.. <3 you all.. 

Kawan ajak puasa?!?!

islam itu indah, kan...hehehe

    ni nak post semalam dah tapi tulah pasal streamyx ni asyik buat pasal! okeylah, apa2pun keyrill cuba sabarkan diri! huh! ha, keyrill nak bagitau korang yang kawan keyrill ni ajak keyrill puasa! adoi adoi adoi! mcm mana ni ek? patutkah keyrill puasa sekali? keyrill yang non-muslim ni boleh puasa sekali ker dengan member2 tu? hurm...

    lepas tu, keyrill cubalah untuk puasa...adoi! belum sampai setengah hari perut dah berbunyi pulak...hahahaah...memang lapar rasanya. entahlah mengapa? kalau bukan hari puasa x pulak lapar! selalu sampai x makan satu hari. ni waktu bulan puasa nak ikut puasa x tahan plak...keyrill keyrill! apalah... biasa orang yang berpuasa ada sahur, keyrill mana ada sahur! tulah pasal! adoi! dah salah cara ikut puasa, kan? betul x?

    okeylah, itu jer yang keyrill nak share ngan korang! walau apapun, keyrill harap korang semua puasa penuh k. jangan x puasa tau. ha, bnyak kawan keyrill yang non-muslim pun puasa gak! tpi dorang kata, dah biasa! adoi! keyrill jer lah yang x biasa lagi. ahakz! alright, thnks all for reading and dont forget to leave your comment or thums up! mean, like it! <3

selamat berpuasa kepada yang berpuasa! 

Bengang! bengang! bengang!

    Adoi! bengang aku ngan cpu dan streamyx aku hari ni! hurm...susahlah cam ni! dah streamyx pun xde line kalau hari hujan! Eiiii! geram tol dibuatnya! apa tidaknya...banyak yang patut di buat hari ini, keyrill btul2 perlukan internet hari ni tapi streamyx ni buat hal plak! adoi! tak kira hari ni puasa ke tak, lantaklah! hurm....panas hati aku sehari-hari ni dibuatnya!




    Opppssss!!!! sorry! terlebih pulak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...