Perlukah sabar? Napa perlu marah?

betul kan ...


perlukah sampai mcm tu sekali?

Mana Amirul ni?


   bro, mana ko pergi ni? gambor ni x sesuai, kalau ada tulisan "Revolusi Pembebel Jalanan" kat atas tu baru betul kan? ... lawalah tak online ek? adoi ... post pun baru sikit jer. bila lagi nak bebel aku nih ha? he he he he ... gurau aje bro ... saja je nak kenakan ko kat sini. ahakz! tapi aku bukan kutuk. gurau aje! nak kenal dia, nak tanya soalan, klik sini okey? dia baik orangnya. he he ... keyrill dah xda idea ni nak update apa2. ahakz! sorilah, bro ... aku kenakan ko! 

Ben Ashaari?


    korang kenal tak? hensem kan? sori Ben sebab guna gambor yang sama, orang nye pun sama gak ...  ahakz! inilah dia Ben Ashaari, orang top kat blogger ni. siapa tak kenal dia? eh, top ke? bagi akulah dia top. entahlah bagi korang macam mana? kalau bukan kerana dia top, mana dia boleh berjaya dalam dunia blogger ni kan? korang jangan hanya jadi followers dia aje. sekurang2nya, tinggalkanlah komen korang pada post dia tu. ni tak, follow aje, habuk tak ada! apa nak jadi? ... kesian Ben, kan? bukan senang nak cari idea untuk bacaan kita semua. gaya bahasa pun kena betul tau! ha, jangan sia2kan kerja dorang. idea bernas pulak tu! beri nasihat? ha, free lagi tu. sebab tulah kita kena bersyukur dengan apa yang ada! keyrill mengaku, dulu memanglah x kenal dia ni. he he ... itupun kawan aku yang bagitau yang si abg gagah perkasa lagi hensem kita ni orang terkenal dlm dunia blogger. aku buat tak endah aje. (sorilah Ben ek) he he. Amir cakap kat aku, "kau kenal Ben Ashaari tak?" tanya dia. aku jawab, "tak tahu? napa?" balasku. "tak kenal? la, dia tulah yang paling terkenal kat blogger tu ..." balasnya. biasalah waktu tu, aku belum tahu dan kenal lagi dunia blogger ni. setelah dia bagitau aku pasal Nuffnang ni, barulah ada minat sikit2 nak berblogger. sampai kat sekolah masih terbawa2 tentang blogger! Amir tak habis2 membebel dan komen pasal blog keyrill ni. dia kata, template tak cantiklah, ayat tak tersusunlah, sidebar pun tak tersusun juga. adoi ... aku diam aje! baik dia bagi aku nasihat. hehehe ... thnk you, bro! kalau xda Amir, mana ada aku kenal blogger ni, apatah lagi kenal Ben Ashaari ni. he he ...

Surat layang a.k.a Blackmail? kenal tak?


    dah habis buat rutin harian di waktu pagi, keyrill menaip lagi! rutin harian tu apa? la, takkan tak tahu? kemas bilik tidur pastu mandi then sarapan. ha ... faham? kalau tak tahu juga, ada yang tak betullah tu. ahakz! joke jer ... jangan terus nak amik hati. ha, sikap professional sikit ek! kalau dah siap semua tu (rutin harianlah...), memang keyrill akan duduk depan pc ni. menaip apa2 jer. yang penting aku tak mengganggu orang (ko jaga hidup ko sendiri). sori, sengaja nak bagi peringatan sebab ramai orang yang suka menjaga tepi kain orang lain. aik? berguna juga pepatah tu ek? he he ...

    ni ha, nak tanya boleh? korang pernah terima surat layang tak? ala, tak kenal surat layang tu apa rupa2nya? patutlah ternganga jer tadi. he he. siannya dia ... meh keyrill bagitau, surat layang tu surat yang xda nama pengirimnya, xda alamatnya, dalam BI kalau tak silap nama dia, 'blackmail' ? Ben bagitau dorang surat layang tu apa? gurau jer. he he. hurm, apa2 jer lah. yang penting korang mesti kenal dan tahu apa dia surat layang. bukan apa, surat layang ada bahayanya juga. baik pun ada! ha, jangan tak caya. masih ingat lagi kat sekolah rendah dulu2 waktu masih kecil2 lagi, nah, bagi surat kat perempuan! (Baik ke tu? hu hu hu) bukannya tahu surat yang ditulis tu betul ke tak? yang penting perempuan tu terima. ha ha ha ... (kantoi!)

    dahlah alamat xda nama pun xda! adoi! biasalah, budak kecik katakan. itu baiklah tu, dapat mengeratkan hubungan (ni dah mengajar ni). he he. dalam pada itu, surat layang yang bahayanya ialah, kalau org dengki atau mengancam kita, ni ha, surat layang lah dorang beri. so, hati2 k. mcm gambar kat atas tu. mcm tu lah rupa surat layang. suka hati je dia hantar surat tak bernama. ahakz! kalau nak komen tentang sesuatu masalah kat pihak berkuasa pun guna surat layang juga. ha, korang x boleh tulis nama, alamt korang dan sebagainya mengenai korang. yang korang bagitau, cuma kejadian waktu tu juga. faham? aik? mengajar pulak aku kat sini. he he. kalau korang guna dengan membanteras jenayah di negara kita tak apa, jangan pula guakan untuk menjadi penjenayah k ...

         

Biar slow-slow dulu


    Awal pulak bangun harini ek! terus jer buka blog ... he he. Sekarang pun keyrill dah mula tulis novel satu-satu, secara slow lah. he he. bukan apa, idea yang dicurahkan perlu ada. perlu menarik gak, kan? ha, so keyrill bersyukur sangat2 sebab setakat ni dah buat sampai episod 3. la la la. ada juga yang minat novel ek? bnyak respon yang keyrill terima. sebab dah lama x sambung episod lagi, so, ada kawan2 keyrill tanya, bila lagi nak sambung? then, keyrill tunaikan permintaan korang. nak baca, ada kat tepi tu, Bicara hati, kalau malas nak cari meh klik sini, Episode 01# , Episode 02# , Episode 03# ... baca ek! he he ...


Tak tahu nak cakap apa kalau dah mcm ni ...




 isk3x! tak sanggup aku kalau mcm ni ... apalah nasib? jadikan ikhtibar ek...

Nanny yang baik!


    setiap petang, memang keyrill melalak depan tv untuk tonton cerita ni, apalagi, The Nanny lah ... tulah, kalau Cinta Kirana, keyrill dah mula tak tengok lagi, balik lagi kepada Tha Nanny ni. memang bestlah cerita ni. biasa pukul 5.30ptg-6.30ptg kat Hallmark Channel. ni cuma trailer dia jer yang keyrill kongsikan ngan korang ni ... he he. nak keringkan gusi korang, tonton cerita ni lah ek! tengah sakit hati pun ketawa dibuatnya ....

News at ten ker?!

sekadar nak berkongsi ...

Aku tak perlukan apa2 lagi

    baru jer bersantai pergi ke blogger2 hebat kita ... hurm, best baca setiap entri dorang. kemas, unik, cun, tersusun! cemburu lah pulak! ahakz! pastu, barulah keyrill sedar sesuatu, keyrill x perlu gadget2 tu, keyrill x perlu video2 kat blog tu, yang penting adalah gaya bahasa yang kita gunakan, cara kita menyusun atur link kat blog kita, blog nampak cun, unik ... keyrill diam seketika sebentar tadi memikirkan semua tu ... sekarang keyrill sedar! keyrill rupa2nya banyak kekurangan. banyak yang perlu diperbaiki. sorilah sebab budak baru dlm dunia ni. kepada yang sudi berkunjung ke blog keyrill ni, terima kasihlah ek ... keyrill begitu menghargai kedatangan korang. 

Biar betul ni dia?


  
   Ben Ashaari, korang kenal kan? kalau x kenal, tak tahulah keyrill nak cakap apa ... kepada blogger yang memang dah lama berada dalam dunia ni, dunia blogger lah tu, sudah pasti korang tahu dan kenal lelaki gagah perkasa, hensem dan orang kuat dalam dunia blogger ni, kan? aku memang minat giler kat dia but im not gay! dia dah beristeri okey! kita minat sekali pun x boleh lebih2 k. bukan apa keyrill minat dia, dari penulisan bahasa dia, memang bernas, berguna, fuh !!! nak kata mengalahkan menteri, x juga ... memang hebatlah! sorilah Ben ek! bahasa keyrill x betul sangat. yang buat aku terkejut sangat2, tahu2 dia followers keyrill ke 51!! turun naik turun naik keyrill tarik nafas sebentar tadi. adoi ... nasib baiklah aku ni sihat walafiat x sakit jantung. kepada Ben Ashaari, terima kasih banyak2 sebab follow blog keyrill yang tak seberapa ni. bahasa dahlah tunggang-langgang! adoi yai ... aku bersyukur sangat2! memang tidak ku sangka Ben akan follow aku. terasa nak runtuh rumah batu yang aku diami ini tadi! betul, aku cakap benar ni. kepada Amir Izzat (kawan yg mengajar aku berblogger ni) bukan mimpi lagi, bro dia follow aku ... ni dah kenyataan ni. Terima Kasih juga kat Amir Izzat sebab mengajar aku dalam dunia berblogger ni ... aku bnyak terhutang budi pada kau ... korang yang belum kenal mereka lagi, pergilah berkenalan dengan dorang ek. jangan takut bertanya, dorang baik. jujur keyrill katakan, walaupun x kenal sangat dengan Ben ni, tapi saya memang hormati dia, berbangga dengan dia sebab dia menaikkan nama sebagai blogger Malaysia yang dikenali ramai. dia juga berjaya menjadi inspirasi kepada aku untuk terus berblogger! Terima kasih bnyak2 ... (tersedu-sedan).  

Macam ni ker satu Malaysia?



   dah tengok traler movie ni? movie dia pun dah tengok? ha, baguslah kalau mcm tu. keyrill baru jer tengok semalam. kalau yang belom tu, jangan tak tengok, rugi! keyrill bleh jamin korang akan puas selepas tengok. memang best lah orang katakan. korang xkan bosan tengok dengan aksi dan ada unsur2 saspen dia. fuhh! memang bestlah ... orang yang tengok kat MBO (Kuching) semalam pun bnyak. so, janganlah lepaskan peluang ek! 
  
   ha, balik kepada topik kita pulak. apa yang keyrill maksudkan, korang memanglah berseronok tonton movie tu, apatah lagi bila depan skrin wayang! besar pulak tu, jelas lagi. siap dengan subtitle sekali. kerajaan menyediakan semua tu untuk kemudahan ramai, untuk dijadikan tempat hiburan kita semua ni. tapi, apa yang keyrill dapat tahu, huh! lepas jer habis movie tu, sampah-sarap bertaburan di atas lantai. bekas popcorn ditinggalkan di atas kerusi. adoi! keyrill sebab pelajar sekolah lagi, seperti biasa bawa bekas makanan dengan botol minuman tu balik, buang kat tong sampah. bukan menunjuk dan mengatakan diri keyrill ni, berlagak! tapi memang itu yang keyrill buat. terkejut juga keyrill semalam tengok keadaan mcm tu. macam ni ke SATU MALAYSIA? 

   nak tegur, tapi sedar itu tempat awam, boleh bergaduh dibuatnya. kalau tak caya keyrill bawa balik bekas makanan dan botol minuman tu, ni ha ... tengoklah! siap letak depan pc pulak tu ...






   kita sebagai rakyat Malaysia, kenalah bersikap bertanggungjawab sikit. ringankan beban kerajaan. kerajaan dah buat semua tu, bersyukurlah. hargai apa yang ada. ini tak, membazir diut kerajaan aje! keyrill bukan mengutuk korang yang selalu pergi tengok wayang, tapi memang itulah kenyataannya. cuba korang perhatikan kalau korang pergi tengok wayang ... confirm ada! keyrill boleh jamin! apa2pun, janganlah kita mengamalkan sikap sebegini ek. x baik. kalau ada pelancong dari negara luar yang turut tengok wayang kat negara kita ni, amacam? apa pandangan dorang? ... so, fikir2kanlah k ...

Aku merinduimu ... bukan ko! drama ni


    Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

    Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

    Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

    Masa berlalu Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

    Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini? kalau dah tengok, tahulah kesudahan nya ... he he ...

Aku budak-budak lagi?!


    tiada badai, tiada ribut, tiada taufan, eh samalah tu ... tiba2 ada orang kata aku ni budak2 lagi? huh! ni memang nak kena ni ... yeker aku ni budak2 lagi? adoi yai ... diam jelah! kalau ko banyak mulut lagi, naya ko aku kerjakan ... cewah!! ahakz! joke jer, jangan amik hati. memang rasa nak cekik orang yang kata keyrill mcmtu ... adoi! menjatuhkan maruah aku ...  

Kereta aku perlukan servislah!

    Ahakz! dahlah hujan, kereta pulak buat hal ... begitulah bebelan pakcik yang terserempak ngan keyrill sebentar tadi. adoi! kesian pulak tengok dia. nak tolong pulak mcm mana? kat depan trafik light lah pakcik ... sorilah ek. x dapat tolong. hari hujan, lagipun dah lewat dah ni. hurm ... rasa mcm jahat pulak keyrill ni, ek? memang pun! apa2pun, jom kita skodeng dia ... 


adoi, nak tolong mcm mana, hujan lebat!


sori pakcik, jalan jammed, x dapat tolong, bnyak kereta kat belakang...

   hati memanglah nak tolong. tapi nak buat mcm mana, hari dahlah hujan, waktu petang dan jalan jammed pulak tu ... biasalah, orang balik kerja. apa2pun, thnks sebab sudi luangkan masa ek ... he he ...

Aik? ko ker ni, Keyrill?

   jom skodeng budak bernama Keyrill Eduardo Willeyhem ini ... ini dia ke? hurm ... kalau korang rapat ngan dia, korang kenallah dia ni mcm mana. dia baik ke tak, itu belakang kira ... ha ha ha. 

inilah aku mula2 dulu ... okey x?


ini hari2 yang berikutnya ... kurus wei!


okey tak posture ni? biasalah orang catering ...


ha, amacam, dah berubah dah ... 


sekarang jadi ini plak... he he he ...

    apa2pun, itu pun dah cukup. x nak lebih2 dah. okeylah setakat tu, betul tak? ni setiap hari isnin dan khamis jer pergi tempat mcm tu (gym). itupun kat sekolah. bgus lagi kan dari berbelanja RM20 untuk gym kat luar. kat sekolah ni free jer. he he ... bersyukurlah. kalau ada gym kat sekolah tu, dtg2lah ek. peluang tu. bukan senang nak amalkan gaya hidup sihat kalau x pandai jaga diri. Amir Izzat lah kawan yang biasa pergi gym ngan aku kat sekolah tu. ha, sekarang dah pandai ponteng ek korang berdua ...

Kata-kata itu satu doa ...


   baru jer habis lawat blog kawan2 ... he he. thnk you sebab sudi jenguk blog yang x seberapa ini. kepada yang follow keyrill tu, thnk you juga sebab sudi mengikuti perkembangan blog keyrill ni. sorilah, keyrill tak tahu sangat selok-belok blog ni. biasalah budak baru nak belajar. seakan-akan anak burung yang bru mula belajar terbang. sayap masih kecil lagi. ahakz! sekali sekala berceloteh juga. xleh serius sangat. 

   ni ha, keyrill nak tanya korang ni ... korang pernah membebel atau pernah dibebel? kalau dua2 sekali, bguslah ... itu baru stabil, betul tak? biar dia tahu mcm mana rasa membebel pastu orang pulak bebel dia ... suka tak kalau orang buat mcm tu pada kita? kalau x suka, janganlah membebel orang, apatah lagi kalau lebih2 bebelan tu. 

   perasaan orang yang kita bebel itu boleh terluka tau. dia ada hati. ada perasaan. nak bebel sekalipun, jangan lah melebih-lebih. ada batasnya. kalau bebel beri nasihat itu tak apa ... boleh diterima. itu lagi bagus! bermanfaat. tapi, kalau dah lebih2 mcm kat sekolah keyrill tu, "orang tua"(faham2lah ek)  tu membebel tak habis-habis menyakitkan hati orang. tulah, sampai ada yang menangis dibuatnya. kan terluka hati dan perasaan dia. x baik buat orang mcm tu.

   kenapa tak fikir secara professional sikit? marah mcm mana sekalipun, janganlah kata orang tu "BODOH", kata2 itu satu doa, betul tak? sebab tulah pelajar-pelajar x pandai2 sampai sekarang, sebab "BODOH" semua, kan? kenapa tak fikir dalam lagi, sebab "BODOH"lah orang tu belajar. dia tak tahu apa2. kan dah salah cara mendidik tu. terpesong jauh dari teknik mengajar. memang kena betullah description aku kat header tu, "a wise man think before he's speak but a FOOL, speak before he's think of what he has been saying" ... 

   tulah, rasa serba salah pulak tengok kawan2 menangis. terutama kawan2 perempuan. tak sampai hati aku tengok dorang menangis. bnyaklah dorang sebut bagitau kat aku, dorang sedihlah, x tahan kat sekolah tulah, benci tengok cikgu tulah dan sebagainya dorang kata. ha, kan dah kena benci! 

    keyrill ni tulis mcm tu bukan apa, nak sedarkan korang. keyrill ni pelajar justeru nak mempertahankan hak pelajar juga. dorang kurang ajar sekali pun, itu sebab cara mendidik yang salah. betul tak? so, jangan mempersalahkan pelajar jer yang kurang ajar ... kita ni manusia, xda yang sempurna! semuanya sama. kepada cikgu2 kat luar sana tu yang membaca entri keyrill ni, keyrill minta maaf k. keyrill cuma nak meluahkan apa yang terbuku, dah x sanggup nak simpan dalam hati. didiklah murid2 dan pelajar2 korang dengan cara yang betul. pelajar pun ada haknya tau. tak semua cikgu betul, ada yang tak betul tau ... ha ... sedarlah ek!

Balik cuti raya kat kampung jer

    korang cuti hari raya pergi mana? he he, saja je nak tahu ... Selamat Berhari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada korang yang menyambut nya ek. keyrill minta maaf kalau pernah berkasar atau terlanjur kata. berhari raya pun, keselamatan dan kesihatan kenalah jaga. untuk pengetahuan korang, keyrill tak sambut hari raya, keyrill ni non-muslim, tapi keyrill ada juga berkunjung ke rumah kawan. haritu, lupa tak bawa hp untuk ambil gambar. kakak yang pakai hp. huh! guna hp amik gambar? yelah kan ... keyrill ni bukannya kaya, xda kamera canggih2 mcm korang. hp pun cukuplah, yang penting ada juga kenangan. okeylah, keyrill nak share ngan korang gambar keyrill semasa kat kampung, mana tahu ... korang teringatkan kampung pulak nanti ... ha, ada hati nak balik ... ni, bukan gambar semasa menyambut hari raya kat rumah kawan, ni kat kampung. gambar suka2 ... 


thats me! eh, kuruslah ...

ahakz! saja jer ... nak amik gambar korang! oppps!?


yang menganyam tu, my mom ...


ada jerawatla pulak ...


eh, ada amoi lah ... he he


ni lagi terang ...


ni dalam bilik ...

    best sangat2 kat kampung. rindu pun mula menggamit. bertapa bnyaknya kenangan kat kampung tu, kan? hurm ... bila lagilah cuti sekolah? rasa nya nak balik kampung lagilah. ahakz! ni dah sampai kat Kuching baru ingat semua tu. kampung nun jauh di Sarikei, nun ... balik pun guna bas, jalan 5-6 jam mcm tulah ... he he. xpa, asalkan x lupa ibu bapa. sekolah jauh2, jgan x kenang budi ibu bapa kita. dosa derhaka pada ibu bapa sendiri.  

Kesiannya aku, kan? orang susah ...

    ha, untuk korang tengok! korang pernah makan makanan mcm ni tak? huh! lupa pulak, korang kaya, aku mana ada korang pernah tengok makanan macam ni. korang jijik tengok kan? aku mana ada kaya mcm korang, tulah pasal makanan cuma itu jer ... nak tak nak, memang dah nasib juga kan. itulah, berusaha dengan belajar bersungguh-sungguh bagi yang masih belajar tu. kepada yang bekerja pun sama, duit tak datang bergolek. tak datang melayang beri pada kau. nanti dah berjaya, hidup pun senang ... keluarga pun bahagia. ni, keyrill nak share bagaimana hidup sebagai orang susah. bukan nak mengata dan menunjuk, saja je nak bagi korang tengok dan sedarkan korang. kalau hidup senang, okeylah sikit, boleh tunjuk paha ayam, daging, makanan KFC kat sini tadi. tapi ini tak ... 


nasi bukannya seperiuk besar ...


nasi dan sup ikan jer!


segelas air limau pun jadilah ...


inilah aku, gaya orang susah makan!


    kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ... msih berguna lagi pepatah tu. apa2pun, sharing is loving kan? so, kenalah share supaya korang tahu dan sedar bukan senang hidup susah. selepas ni, jangan pulak berlagak. mentang2 diri tu kaya, bnyak duit, suka hati nak menghina orang yang susah. xda pahalanya! dosa adalah ... 


Sumpah aku minat giler kat Gaga!

     ha, walaupun ada kontroversi yang mengatakan dia (Lady Gaga) ini illuminati girls termasuk saya, kalau korang ada baca atau terbaca mengenai entri saya tu, baguslah. apa2pun korang katakan, saya tetap meminati dia. saya sebagai peminat dia sama sekali tidak membenci atau menyalahkan mana2 pihak yang mengatakan dia illuminati girl, tapi kita kenalah bersikap professional sikit! kita minat dia bukannya mencari kelemahan dia,  keburukan dia, pendek kata, dari segi negatif. kita minat dia dari segi positif! janganlah sampai terbawa2 kat fb kalau korang nak membenci dia. jangan pulak sampai buat pages menubuhkan group membenci dia. jangan! itu tak akan membawa faedah juga kepada korang ... korang buat pages atau group sekalipun, bukannya duit korang datang! bukannya orang puji korang! buat penat lelah buat page membabi buta mcm tu ... pastu delete! ha ... kan letih dah buat kemudian delete! itulah, orang yang TAK PROFESSIONAL! sedarlah woi!!

    kepada peminat dia atau bukan, mari kita sama2 tinjau foto2 yang dapat keyrill share dengan korang semua. keyrill memang minat giler lah kat dia! SUMPAH! okeylah, jom! 


Lady Gaga dengan Celine Dion

Lady Gaga dengan Akon


Lady Gaga denga David Archuleta


Lady Gaga dengan Miley Cyrus


Lady Gaga dengan Beyonce


semasa tiba di 2010 Mtv VMAs


semasa tiba di 2010 Mtv VMAs


semasa tiba di 2010 Mtv VMAs


semasa tiba di 2010 Mtv VMAs


semasa tiba di 2010 Mtv VMAs


semasa tiba di 2010 Mtv VMAs


Lady Gaga dengan Drake


he he ... kali ini kita skodeng dia buat pose plak!








    he he ... sorilah, keyrill x barapa arif sangat nak berbahasa ni. tulah belum rasa nak mula mengarang, bahasa masih tunggang-langgang lagi. kalau korang rasa x menghibuekan, sori k. keyrill x reti. ahakz! apa2pun, sekadar nak share ngan korang, kata orang, "Sharing is loving" betul tak? he he ... boleh pulak tukar "Sharing is caring" ...   

Ha, korang pernah main ni tak?


     he he ... xda apa2lah, sekadar nak bercerita. korang pernah main Mafia Wars tak? kat fb ada, kat tagged pun ada cuma kat tagged tu x sama cara permainannya dengan yang ada kat fb. permainan kat fb jauh lebih canggih dari permainan kat tagged tu. sorilah, bukan nak kutuk, tapi dah kenyataan bah ... keyrill cuma nak nyatakan aje. kalau tak caya, cubalah main kat tagged tu, pastu main pulak Mafia Wars ini kat fb ... amacam? pastu, korang bagitau mana best lagi. ha ... inilah kerja keyrill kalau buka jer fb. chat memang tak on. bukan malas, buka je chat, fuh!!! berduyun2 kotak chat kat bawah tu ... so, untuk tenangkan diri, keyrill mainlah Mafia Wars ni ... xda orang hukum pun, jangan takut! ahakz! 

    keyrill paling suka kat situ ialah waktu "Do Job", bukan apa, banyak weapons, boots, loots, amours, animals kita dapat secara free. ha, level pun turut naik juga. bukan itu jer, cash pun turut naik. senang sikit nak beli inventory nanti kalau duit bnyak. ahakz! huh! bnyak dah keyrill ni membebel. itupun bukannya penting. saja jer, nak luahkan apa2 kat sini. yang penting aku x mengganggu hak orang lain, betul tak? ... kalau korang nak tahu apa yang dikatakan, "Do Job", weapons, loots, boots, amour, dan animals tu, korang mainlah sendiri ek. xdalah salah kita mencuba. he he ... ni dah pengaruh ni. xpalah, keyrill share ngan korang sikit picts yg keyrill dapat! 

Do Job :
   
free weapons, vehicles, loots, boots, animals, amour dan collection untuk bahagian ini.


 
Weapons, loots, boots dan sebagainya yang perlu ada


collections yang perlu ada untuk mendapat bonus, so, perlulah siapkan Job dulu... :)


ha, Snoop Dogg pun ada tau ... he he ...

    harap korang terhiburlah ek ... itu jer yang dapat keyrill kongsikan pada korang ... try2lah main, bukan nak mempengaruhi, tapi nak tunjuk. kalau mempengaruhi pun, bukannya kerja jahat tu ... kan? sekadar nak bagitau korang, kalau x nak main pun xper, xda orang marah ...  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...