Sunset, kau menenangkanku ...

Salam ...



   sekadar entry suka-suka ... hurm, cuba korang klik image tu untuk zoom! pastu, korang tanya diri korang, apa yang korang fikir? bagaimana perasaan korang? permandangan yang indah, cantik, tenang, memang bestlah kalau tiap2 petang duduk kat taman rumah menikmati waktu senja ... tak terbayang ketenangan hati ketika itu! terbang semua masalah ...

untuk pengetahuan korang juga, inilah rahsia keyrill kalau sahaja menghadapi masalah, naik angin, geram sangat2 ... memang keyrill akan pergi suatu tempat di mana ketenangan dapat dirasai, tiupan angin yg lembut dan sejuk, kicauan burung, view yang cantik ... fuuuhh! memang akan pergi melayang semua tu! paling best, kat kampung lah! huhuhu ... sesedih dan sepanas mana pun hati kita waktu itu, engan segera menjadi sejuk dan tenang! korang tentu dapat bayangkan, kan? huhuhuh ...     

Minat sangat Evan Sanders | ada bf

Salam ...



   Evan Sanders, yeap! memang jejaka pujuaan setiap gadis2 di luar sana ... kalau diperhatikan memang patut pun kan jadi selebriti, lakonan yang baik, hero yang kacak bergaya, romantik ... dulu ada seorang kawan perempuan satu kelas dengan keyrill ni, memang minat giler dia kat si Evan nih ... huhuhu ... yelah, keyrill akui memang hebat si Evan ni ... ahakz! kata kawan keyrill ni, biasalah kan kalau dah minat sangat2 ... meroyan (gila bayang) ajelah kerjanya! hahahahah! 

"adoi, bahagianya buah hati Evan Sanders kan?" katanya. aku pun menjawab, "isk! x habis2 ko punya Evan Sanders tu! dari semalam lagi aku dengar ko sebut nama dia! cubalah sebut nama aku, kan bagus!" balasku beserta gurauan lantas menjelingnya! waktu itu sama2 berada di kantin sekolah ... "aik? boleh pulak ingatkan ko?" balasnya! aku mendiamkan diri ... tahu2lah apa yang berlaku kalau dia marah kat aku! tutup telinga ajelah! hahah ...


sekali ... lepas dia tngok gambar ni ... entah apa aku nak buat untuk dia! menangis satu hari! isk3 ... sampai dia kol aku berjam2 sebut nama Evan Sanders nih ... "napa dia jadi macam ni?", "sampai hati dia!", bnyak lagilah yang dia sebut ... ahakz! aku just mendengar aje! sedih pun ada jugalah dengar rintihan dia! memang minat bebenor lah tu! aku hanya mampu menggelengkan kepala. hahaha ... aku pun tak tahu nak buat apa dah! 

hai ... kalaulah si Evan Sanders tu terbaca pasal ni kat blog keyrill ni, entahlah apa dia fikir! sorilah bro ... bukan sengaja, just nak bagi pendapat aje share ngan kengkawan! ksian plak tngok dorang bermatian minat, pastu ... lingkup! adeh3 ... nasib baik aku x minat langsung! huhuh ...

2011 kini membuka tirainya ...

Salam ...



   seasons came and go, but i will never change ... and im on my way! heheeh ... kini, 2010 melabuhkan tirainya dan 2011 pula membuka tirainya! seronok tngok sambutan Tahun Baru di Boulevard tadi! hehehe ... bunga api yang cantik and so on ... memang seronok lah! ahakz! apa azam tahun baru korang ek?semoga azam tahun lepas tercapai dan yang penting korang dah buat yang terbaik ... kini ... 2011 pula muncul! huhuhu ... bagaimana perasaan korang? hepi tak?

anyway, di sini keyrill cuma nak mengambil kesempatan untuk meminta maaf buat mak ngan ayah keyrill, keyrill sayang korang! buat semua rakan2 satu sekolah, cikgu2, dan korang yang mengenali keyrill ... kalaulah keyrill pernah buat salah, berkasar and terlanjur kata, keyrill minta maaf sangat2 dari hujung kaki ke hujung rambut! yelah kan, selagi belum terlambat untuk kita mengucapkan maaf untuk seeorang itu yang mengenali kita! 


dengan kesempatan yang ada ini juga, keyrill nak meluahkan hajat atau azam bersempena dengan tahun baru ini! hehehe ... how sweet! memang bnyak kenangan yang pernah kita lalui dalam 2010 dan tahun2 yang lalu, kan? tapi apa nak buat, waktu sentiasa berpusing dan tidak menunggu kita! adeh ... membebl plak jadinya! huhuhhu ...

okey, ini azam tahun baru keyrill, ingin menjadi anak yang baik dan yang lebih baik dari tahun lepas, ingin berjaya dan mendapat keputusan cemerlang untuk SPM tahun ni supaya dapat membalas jasa mak ayah ... dan sebagainya! tak lupa juga, nak bawa kereta masuk sekolah lepas ambik lesen ahad nih! huhuhuh ... best woo! (bukan hajat tu!) ahakz! anyway ...

 HAPPY NEW YEAR AND WISH YOU ALL SUCCESS IN WHATEVER YOU DO! 
GOD BLESSED YOU, GUYS! 

Hailey Robson | Danji Sungai Lemanak

Salam ...



    ha, siapa nih? kalau korang memang asal dari Sarawak, korang mesti kenal kan? huhuhu ... inilah dia, penyanyi terkenal iban, Hailey Robson! terkenal ker? entahlah, kalau yang memang kenal dia, mungkin tahu dia ni terkenal ke tak?  huhuhu ... keyrill cuma suka dengar lagu dia aje! just satu aje lagu dia yang betul2 membuat keyrill tertarik dan mula meminati lagu iban, Danji Sungai Lemanak! romantik dow ... huhuhu ... sorilah, bro Hailey. pomot bro jap kat blog keyrill yang tak seberapa nih! ahakz! 

walaupun tak setanding dengan penyanyi2 yang sememangnya terkenal sekarang nih, namun, bro Hailey nih mampu menaikkan namanya dengan sekelip mata! keyrill sendiri terkejut apabila mendapati VCD lagunya yang terjual sehingga kehabisan stok di pasaran! isk3 ... keyrill bukan nak beli, tapi hanya melihat pelanggan bertanyakan albumnya di kebanyakkan kedai menjual VCD, DVD and so on ... bertapa, ramai yang meminati dia nih! huhuhu ... 


apa yang best tentang album keluaran PBP kali ini, adalah ... melalui cerita! story in song (cerita dalam lagu)! betul ke susunan tu? lantaklah! huhuhu ... tapi, memang suka tngok lakonan dorang, lawaklah ... penggunaan bahasa dorang cun! huhuhu ... seperti sebuah drama gitu! kalau nak tngok ... klik sini k! korang nilailah sendiri~ okeylah, xmo cerita panjang2, membebel bnyak2 ... jom sama2 kita hayati lagu feveret keyrill nih, Danji Sungai Lemanak! layannn! 

Special for Gaga | from Liltte Monster

Salam ...



    wow, so sweet! proud being her fans ... we love Gaga for you sweet voices, performance, song and more espcially fashions! i wish you're here, Gaga! ha ... begitulah dia persembahan dari peminat setia Lady Gaga ni untuk dia sampaikan ada plak Lady Gaga post a.k.a share video dorang nih kat akaun twitter dan facebook nya! ha ... kalau korang nak kepastian, pergilah akaun fb dan twitter dia ek! lihat nih ... 



Akon ft Micheal Jackson - Hold My Hand

Salam ...



    honestly, keyrill still rindukan MJ ... so, xde nak tulis apa2, cuma nak share ngan korang video klip lagu baru MJ bergandingan ngan Akon! heheheh ... so lovingly ... sweet song! i love ... hehhe ...

Nicki Minaj ft Will.i.am - Check It Out (funny screenshot)

Salam ...



   korang dah tngok video klip ni tak, Nicki Minaj ft Will.i.am - Check It Out? hehehe ... best kan? kalau korang perhatikan, bukan hanya lagu dia yang best, malah dengan videonya sekali! x caya, tontonlah sendiri ek ... hehehe! kat sini, keyrill cuma nak share ngan korang screenshoot video klip dorang nih ... memang best giler! suka tngok nicki minaj buat mimik muka ... cute gitu! hehehe ... okeylah, jom!

    first of all ....














    amacam? cun kan? hehehe .. selain lagu, video klip yang bagus, malah ada juga menunjukkan unsur fesyen! ha ... betul tak gitu? huhuhu ... but bukan maksudkan lady gaga k ... lady gaga tu dah tak boleh lawan dah, memang bermacam2 feseyn dia! isk3 ... anyway, yang kita fokuskan adalah lagu ni! selalu dengar kat corong radio, best doe! kalau masih tak puas hati dengan gambar2 tu, korang tonton plak video klipnya pasni! 

Tak dihargai : aku nak berhenti berblogging!

Salam ...



    isk3 ... sakitnya hati apabila tahu diri ini tak dihargai! cuma kat blog ni ajelah aku dapat luahkan isi hatiku ngan korang! korang mesti dapat rasakan apa yang keyrill rasakan kalau korang berada di situasi keyrill! tak dihargai, rasa putus asa sangat2 ... letih dah buat yang terbaik untuk jaga hati orang ... tapi, setelah u ... apa yang korang buat, tak dihargai langsung! apa yg orang buat, pandang macam tu aje! kalau dah tak suka langsung, delete terus! isk3 ... x sangka aku! 

seperti itu jugaklah dlm dunia blogging nih, kita bersusah payah buat yang terbaik untuk menjaga hati setiap blogger dengan meninggalkan komen kat chatbox, kat entry ... pastu, spam atau delete terus komen tu! sesekali korang check balik kalau komen korang tu dah reply ke blom, pastu tngok .... ??! taik lalat pun xde kat situ! bukan nak kutuk, nak mengata, memang itu yang keyrill lalui! bukan seorang dua ... tapi bnyak! kecewa sngt2 tngok komen orang ada, tp komen kita xde! tulah pasal aku dah malas nak komen kat blog orang lain lagi! makan hati berulamkan jantung dibuatnya!

rasanya, aku pun dah malas nak berblogging! rasa nak delete aje account ni! update pun, bukan orang pandang blog kita nih! bgus lagi keyrill x buka blog nih terus dulu, kan? huh! sakit betul hatiku! ingatkan dapat cari rakan kat blog nih, malah cari musuh adalah! isk3 ... geram tol aku!

Rihanna - Love The Way You Lie (Part 2) ft Eminem

Salam ...




   wow! ingatkan cuma satu aje lagu Love The Way You Lie ni ... tak sangka plak kali ni, versi rihanna plak, kan? hehee ... apa2pun, memang selalulah dengar lagu nih kat radio semasa keyrill berada kat kampung! best sangatlah, tapi videonya plak nanti macam mana? still macam video yang dulu ek? hehhe ... entahlah? apa2pun, kita tunggukan ajelah, kan?! okeylah, jom nyanyi sama! huuhu ... yang ni Love The Way You Lie (Part 2) plak ...


Update blog kat kampung!

Salam ...




    biasanya dan kebanyakkan sesebuah kampung ada line internet dan telefon kan? tapi, kalau yang memang xde langsung tu, how? boleh ker nak tonton astro? boleh ker nak kol kengkawan ngan orang tersayang guna hp? dapat ke buka facebook ngan blog kat kampung? ha ... memandangkan kampung keyrill nih xde line internet, so, macam mana nak update blog kan? doesn't mean no lappy, no pc, no internet keyrill x boleh nak update blog kan? gunalah alternatif lain, kan kan kan? 


seperti yang keyrill buat, buat satu buku dengan menggunakan kertas A4 aje! buatlah macam buku ... itu pun susah ke? huhuhu ... then, tulislah apa yang korang nak tulis dalam buku korang tu! but bukan diary ek! semua yang keyrill tulis blom update lagi ni ... huhu! banyak tu! see, senang aje kan? tulah, dah kemaruk sangat ngan dunia blog nih! huhuhu! kalau nak chat kat fb tu ... kenalah bersabar macam keyrill nih, dah 5 minggu x buka fb! 


ada buka tapi itupun kat cyber aje! korang pun tahu sendiri bagaimana keadaan kat cyber waktu tu, kan? kepada yang dah biasa tu, memang tahulah keadaannya macam mana? bisinglah, bunyi senapang, lagu dan berbagai-bagai lagi bunyi! huhuh ... anyway lah ... yang penting kita ni tak buat kerja yang tak elok sudahlah, kan? guna kertas pun rasanya dah memadai bagi blogger yang mengalami situasi yang sama macam keyrill! ahakz! 

Keyrill ngan kampung!

Salam ...




   now, keyrill is back! huhuhhu ... korang apakhabar? sihat tak? ada ke tak nih blogger yang still ingatkan keyrill? ada ke yang rindukan keyrill? erk, xde? isk3 ... so sad! bukan nak minta simpati, just keyrill dah 5 minggu lebih tak online, ha! komen korang kat entry and shoutmix tu, kalau ada masa, keyrill balaslah ek! sekarang nih, still tired! baru aje sampai rumah! lama sangat dah cuti kat kampung!


memandangkan dah 5 minggu lebih x online, so ... korang pun tahu, memang bnyak yang terbengkalai, kan? bukan komen kat blog aje, bahkan kat facebook, you tube, my space dan sebagainya pun turut terbengkalai! isk3 ... bersabar ajelah! so, kalau ada aje keyrill update entry pasni, semuanya pengalaman yang keyrill lalui semasa berada di kampung! terbaik dari ladang kot? hahahah ... harap2, korang tak boring aje! ...


P/S : kepada yang tag keyrill tu, terima kasih bnyak2 k ... tapi, x update mana2 tag untuk masa sekarang ni ... bnyak kena buat! huhuhu! (kalau ada masa ek) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...