Cerpen | Tiada Lagi Cinta ...

Salam ...



   Liana biasanya bangun pagi seawal 6.30. Tapi tidak hari ini. Gadis itu masih lagi tidur dengan lenanya di atas katil. Apa tidaknya, semalaman dia keluar dengan Hariz. Entah kenapa Hariz begitu baik dengannya sekarang ini? Liana masih tidak mengerti ... tiada yang terjawab persoalan di fikirannya. Tik! Noktah di situ, tanpa jawapan! Memang dia akui dia begitu menyayangi Hariz, pemuda yang mana hanya pelajar Universiti sepertinya juga. Hariz memang pemuda yang berjaya, tidak dinafikan. Liana biasanya selalu mendapat keputusan yang lebih rendah daripada Hariz, jadi ... memang Liana juga yang selalu menjadi mangsa buli. Begitulah kisah mereka pada awalnya.

Liana kini bangun daripada lenanya, dengan perlahan-lahan dia membuka anak matanya. Dia tersenyum, kelakuan Hariz malam tadi bermain-main di ruangan matanya. 'Hariz memang romantik', bisik hati kecilnya. Tingkah Hariz memegang tangannya semasa memandu dan mencium tangannya itu dengan penuh cinta membuatkan Liana diam tanpa kata. Memang mencairkan dirinya. Apatah lagi dia membaringkan kepalanya ke bahu Hariz sewaktu melihat percikan bunga api bersempena dengan sambutan "Valentine Day". Liana bahagia dengan pemuda itu. 

Semua yang pernah dilalui bersama, tidak akan dilupakannya. Liana masih lagi baring di atas katil, dia mengingati semula hari-hari romantiknya bersama Hariz. Hariz mengajaknya makan malam semasa hari lahirnya, foto-foto waktu hari lahirnya itu masih lagi disimpan di dalam album. Waktu dia sakit, Hariz juga yang merawatnya. Itupun di rumahnya sendiri. Liana gembira mempunyai seorang ibu yang begitu baik dan memahami. Jadi, kerana itulah Hariz dibenarkan masuk ke rumahnya hanya kerana ingin menjaganya di situ. 

Liana masih ingat lagi waktu dia sakit itu, Hariz tidur di tepi katil kerana kepenatan menjaganya. Liana tersenyum, bagaikan Hariz lah jodohnya. 'Hariz ... ', hatinya memanggil nama pemuda itu. Liana senyum lagi. "Hurm ... hari ini ada sambutan birthday Ida, nak pergi ke tak ni?" Liana menyoal dirinya. Dia lantas bangun dari tempat tidur dan duduk di tepi katil itu.

Just gonna stand there and watch me burn,
that's alright because i love the way it hurts ...

Tangannya lantas mencapai tyelefon bimbit di atas meja. 'Mesej dari Hariz?' , bisiknya dalam hati. Memang pantas tangannya menekan butang 'read'. Dap dup dap dup! Degupan jantungnya berdegup kencang.

Ayang, nak jumpa malam ni. Ada hal nak bagitau ayang, PENTING!

Liana mengerutkan dahinya. 'Penting?', soalnya lagi. Seribu persoalan keluar dari fikirannya. 'Ah, lupakan ajelah, nanti fikir!" Ujarnya lalu bersiap sedia untuk berjumpa dengan Ida, alamatnya memang tidak dapat pergi. 

*          *          *         *         *
Malam kini menjelang tiba, Liana sudah bersiap sedia untuk keluar dengan Hariz. "Mak, Liana pergi dulu ek, ada temu janji dengan Hariz." Liana meminta izin daripada ibunya, Puan Sharifah. "Baik-baik sayang k. Suruh Hariz memandu hati-hati." Balas ibunya pula. "Baik, mak. Liana pergi dulu ya, mak. Assalamualaikum!" Ujar Liana sambil menguntum senyuman manis. "Waalaikumsalam." Puan Sharifah membalas ucapan anaknya sebelum Liana melangkah pergi.

Liana tersenyum, Hariz sudah berada di hadapan rumahnya. Hariz melihat Liana dengan senyuman, seperti kebiasaannya, Liana sentiasa nampak anggun dan cantik di matanya. Namun, Hariz merahsiakan sesuatu daripadanya. Apakah itu? "Hai, sayang. Nak pergi ke mana ni?" Soal Liana setelah masuk ke dalam kereta sambil mencium tangan pemuda itu. Hariz merasa selesa dengan gadis yang begitu dicintainya itu. "Kita makan malam di Restoran Pearl. Pastu, kita round Kuala Lumpur nih." Hariz membalas dengan senyuman. Liana hanya mengangguk tanda setuju. 

Angka jam sudahpun menunjukkan pukul 10.30 malam. Mereka kini sudahpun habis menjamu selera dan sedang khusyuk mencuci mata di sekitar Kuala Lumpur dengan kereta milik Hariz. "Apa kata kita pergi taman tempat kali pertama kita date dulu, nak?" Soal Hariz dengan selamba menunggu jawapan daripada Liana. Liana mengangguk sambil tersenyum. Hajat di hati ingin Hariz luahkan ketika itu, namun dia kaku untuk meyampaikannya kepada Liana. Dia takut kerana dia tahu, Liana akan terluka. 'Kat taman ajelah aku bagitau dia nanti', bisik hati kecil pemuda itu. 

"Tadi sayang nak bincang pasal apa?" Soal Liana. Hariz mengeluh. Lampu malam menerangni taman itu. Sungai di hadapan mereka pula memancarkan cahaya yang bagaikan mutiara apabila terkena pancaran cahaya. Hariz memandang ke arah Liana. 'Ya Allah, aku mencintainya. Patutkah aku memberitahunya yang sebenarnya?' Hati kecil Hariz merintih. "LIana, saya ada sesuatu nak bagitau awak. Harap awak dapat terima ek." Hariz mula membuka bicara. Liana mengerutkan dahinya. Dia yang sedang membaringkan kepala ke bahu Hariz lantas bangun. "Apa dia?" Soal Liana. Hariz mengeluh lagi. 

"Okeylah, kali ini saya akan bagitau awak sejujurnya. Saya tahu awak takkan terima apa yang akan saya sampaikan kali ini." Hariz masih takut untuk memberitahu. "Cakaplah!" Liana menunggu dengan penuh tidak sabar. Jantungnya berdegup kencang. 'Oh, Tuhan!' kata hatinya. "Saya ... saya ..." Liana masih menunggu. Nada Hariz pula tersekat-sekat. "Sebenarnya, saya ... saya dah ..." belum sempat pemuda itu menghabiskan kata-katanya, Liana lantas mencelah, "awak jnganlah takutkan saya. Apa awak dah buat ni?" Liana sudah tidak sabar.

"Dua minggu lagi, saya akan bertunang!" Liana benar-benar terkejut. Ayat Hariz terakhir begitu sakit dan seperti sebilah pisau yang menyayat hatinya ketika itu. Keadaan diam. Tidak terasa air mata Liana sudah bertakung menanti saatnya untuk jatuh ke bumi. Hariz pula kelihatan seba salah. Liana kaku. Tiada yang boleh dia lakukan ketika itu, hatinya hancur. 'Hariz ... akan bertunang? Ya Allah, cobaan apakah ini?' Hatinya merintih sayu. Tanpa mempedulikan Hariz, Liana memulakan langkah kakinya. Biar berjalan kaki sekalipun, dia tetap samapi di rumah. Namun hatinya, sekali terluka, mengambil masa yang lama, sangat lama untuk sembuh. "Liana!" Panggil Hariz. Liana menitiskan air matanya sepanjang perjalanan. Memang sakit rasa hatinya. 

Bukan mudah untuk menerima kenyataan. Apatah lagi kalau kenyataan itu begitu melukakan dan begitu memeritkan. Sudah semestinya sukar untuk diterima. Segala kenangan yang pernah dilalui, bermain difikiran Liana ketika itu. Segalanya tentang dia dan Hariz begitu menyiksakan dia untuk mengingatinya kembali ... seakan-akan tidak pernah lagi terulang kembali. Kini ... Tiada Lagi Cinta ... Liana redha!

2 comments:

Mr. TN_SkY berkata...

wah..nice..sky terus asyik memabca hingga abes =_=..neway bro tulis sndri eh? gud one! =_=

SEDARLAH..ADAKAH BENAR KITA SAYANGKAN IBU BAPA KITA?

Keyrill Eduardo Willeyhem berkata...

@Mr. TN_SkY thnk you so much, bro ... :) bguslah kalau baca sampai habis! heheeh ... yeap, tulis sendiri! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...