Pink - Perfect | Music video

Salam ...



    wah, nampaknya video untuk single terbarunya nih dah pun direleasekan kat you tube. sebenarnya, "Fuckin' Perfect" adalah tajuk sebenar music video ni, tapi memandangkan tajuk nya melencong jauh dari kehendak video so, ditukar menjadi "Perfect" aje ... ha, kan sedap lagi dengar tajuk tu, kan?



di sini, keyrill nak ceritakan sedikit mengenai music video terbarunya nih! ianya sebenarnya sebuah cerita, no wonderlah kalau pink buat video nih berdasarkan pengalaman dan kisah benar, kan? ianya bermula dari dia kecik lagi ... memang tidak pernah merasai kasih sayang yang cukup! hidupnya bagaikan melukut di tepian gantang ... tiada yang pedulikan dia! so, selalulah dia ni menjadi mangsa buli! 

walaupun dia sudah menjangkau alam remaja dan usia dewasa, dia masih lagi menjalani hidup yang tidak tentu arah, penuh dengan onak duri (pandai jugak tokok tambah ek?). tapi memang begitulah kenyataannya, kan? memang itu yang dia alami, dia ingin menjadi seperti orang lain jugak, ingin memiliki kawan tapi tiada yang kisah! sesuatu yang istimewa mengenai dirinya, dia gemar dan suka melukis!


bahkan dia menjadikan orang lain sebagi inspirasinya, maksudnya ingin menjadi seperti orang itu, so, suatu hari dia pergi ke kedai pakaian dan melihat seorang perempuan memakai dress yang cantik, dia pun ada hati nakkan dress seperti itu, tapi ... dia xda duit! so, dia nekad untuk mencuri baju tersebut namun akhirnya dia ditangkap jua dan dihalau dari kedai pakaian tersebut ... dia nekad sekali lagi, apa dia buat? 


dia mencuba untuk membunuh diri dengan mengerat tangannya dan ditulis perkataan "Perfect" di situ! rasa hati memang ingin sahaj berputus asa untuk meneruskan hidup, namun dia mula berfikir, kalau dia mati, apa yang akan jadi? takkan dia hidup untuk terus susah begini, so ... dia mesti fikir, lebih baik dia mula merubah hidup dan mula membina hidup baru ... believe yourself! itulah yang dia lakukan ... so, apa yang dia buat seterusnya? scroll ke bawah lagi ...



so, dengan itu ... dia menjadikan hobi melukisnya untuk merubah hidupnya, dia ingin dunia mengenali dia! dia ingin membuktikan bahawa dia juga mampu mempunyai hidup yang lebih baik daripada orang lain, jadi dia berusaha dan berusaha dan berusaha dan hasilnya ... kalau korang nak tngok hasil yang dia dapat, scroll bawah lagi ek ... hahhahah!


lukisannya kini dibeli dengan harga yang tinggi dan kini menjadi tumpuan orang ramai, kini ... dia bangga dengan perubahan dalam dirinya, walaupun dia tidak seperti orang lain, yang penting baginya, dia mampu menjadikan dirinya sebagi inspirasi untuknya terus berjaya dalam hidup dan kini ... dia memiliki hidup yang sememangnya sempurna. nak tahu apa hikmah yang dia dapat dari semua yang pernah dia lalui? lagi ... bawah lagi ...




bukan sahaja dapat menjadi pelukis terkenal, malah kini dia memiliki suami yang bukan sahaj hensem, malah penyayang juga dan ... anak perempuan yang sememangnya cute gitu! hehehe ... suka plak tngok anak dia tngah tidur! ahakz! kini ... bahagialah dia dengan apa yang dia miliki dan bersyukur mendapat khidupan yang jauh berbeza dari waktu silamnya! 


kalau korang perhatikan baik2lah mengenai video klip nih, sebenarnya ada mesej yang dia ingin sampaikan kepada kita, terutamanya kepada si ibu ... kenapa plak? sebenarnya, dia nak si ibu menyayangi dan menjaga anak mereka dengan sebaikya kerana tidak ingin anak mereka menderita dan mengalami apa yang si ibu pernah lalui sebelum lahirnya anak mereka itu ke muka bumi ciptaan Tuhan ini. begitu jugak dengan anak2, kita seharusnya menghormati dan menyayangi ibu sebagaimana dia menyayangi kita ...

apa2pun, nasihat keyrill, hargai dan bersyukur lah dengan  apa yang kita miliki k ... single terbaru Pink nih memang dapat dijadikan iktibar untuk kita ... apa2pun, setakat itu sahajalah yang keyrill dapat ceritakan dengan korang mengenai music video nih ... kalau ada kekurangan tu, maaflah k! hehehe ... keyrill sampaikan apa yang keyrill tahu aje! peace ... okeylah, jom layan video nya plak!

8 comments:

Mr. TN_SkY berkata...

hehehe..nice review =_=

KENALI CIRI PENGIKUT DAJJAL, ADAKAH KITA?

Keyrill Eduardo Willeyhem berkata...

@Mr. TN_SkY hehheeh ... thnk you, bro! :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE berkata...

memang nica ar vid ni :)

Latest : SAMPAI MENUTUP MATA 3

Mr. TN_SkY berkata...

tiada mslh..hehe..ha..buat review untuk A7X bole? hahahaah :-p..just kiddin..hehe


KENALI CIRI PENGIKUT DAJJAL, ADAKAH KITA?

Keyrill Eduardo Willeyhem berkata...

@AMIRA ATIYA MYRA_ZOE hehehe ... kan? mesej yang disampaikan memang berguna dan berkesan! :)

Keyrill Eduardo Willeyhem berkata...

@Mr. TN_SkY okey, A7X? apa plak tu? huhuhu ...

tengkorakemas berkata...

woo...jgn mudah putus asa dalam hidup..siapa yg bunuh diri memang pendek akal..


setiap org berhak mempunyai peluang, tapi kalau awal2 putus asa..mcm mana nak kecapi peluang, ye tak?

Keyrill Eduardo Willeyhem berkata...

@tengkorakemas yeay, bro TE dah kembali ... hehehe! anyway, betul tu! jngan fikir dengan membunuh diri adalah penyelesaian! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...