Pontianak dan Blackberry!

Salam ...



   Erk? Apa kes? Pontianak dan Blackberry? hahaha ... ni ha, keyrill ada story untuk korang ... don't take it seriously k! xda yang perlu ditakutkan dengan story nih ... nanti korang tahu jalan ceritanya, okey? alright, xmo tunggu lagi, jom baca bawah lagi ...

kisahnya bermula pada suatu malam nih, dalam hutanlah ... suasana memang gelap-gelita. yang ada cuma cahaya bulan yang mengambang penuh. so, di dalam hutan tu, ada 3 ekor pontianak sedang merayau-rayau sambil berbual! entah apa cerita dorang? hehehe ... bawah lagi please ...

tiba-tiba, ha ... dorang terjumpa plak dengan satu objek yang dinamakan blackberry nih! tak pasal2 dorang bergaduh gara2 nak memiliki blackberry tu! "saya punya!" "aku yang jumpa dulu!" "eh, ini peninggalan nenek moyang akulah!" itulah yang dikatakan! masing2 tak nak mengalah! then, dorang berhenti! cuba memikirkan jalan penyelesaian ... diam seketika! berfikir ... ting! yang pertama kini mendapat idea ... jeng3x! sambung bawah lagi ...

"ha .. apa kata kita buat satu pertandingan! siapa diantara kita bertiga paling bnyak minum darah manusia, dia yang menang!" kedua-dua setuju lantas mengangguk! so, pontianak yang pertama tadi berkata kepada pontianak yang kedua, "kau nampak tak gunung depantu? ha ... sekarang, kau dapatkan darah manusia kat kampung di bawah kaki gunung tu! okey, dalam kiraan 3! 1 ... 2 ... 3!" zassss! terus menghilang ... bawah lagi ...

kedengaran penduduk kampung menjerit meminta tolong! 5 minit kemudian, dia kembali ... bahagian kepalanya habis berlumuran dengan darah. "ha, berapa bnyak kau dapat?" soal yang pertama. "15 orang!" jawab yang kedua tu ... sekarang tiba giliran pontianak yang ketiga, yang pertama belum lagi! "kau nampak tak sawah padi kat bawah tu? kau pergi dapatkan darah penduduk kampung kat situ! 1 ... 2 ... 3!" zasss! yang ketiga juga terus menghilang! lagi ... lagi ...

6 minit kemudian, yang ketiga plak kembali ... kali ini darah berlumuran dari bahagian kepala sampai ke bahagian dada plak! "wah, bnyak nih!" kata yang kedua tadi! "berapa kau dapat?" yang ketiga menjawab, "16 orang!" yang ketiga pulak memberi arahan untuk pontianak yang pertama sebab dia yang belum lagi! "kau nampak tak pokok ketapang kat depan tu? kau pergi dapatkan darah kat kampung sebelah pokok ketapang tu! dalam kiraan 3! 1 ... 2 ... " belum habis lagi perkataan 3 disebut, pontianak yang pertama terus menghilang! hahaah ... lagi ... lagi ... 

"wow! ni mesti lagi bnyak nih!" kata pontianak yang kedua. tidak sampai3 minit dia kembali ... kali ini, habis satu badan dia berlumuran dengan darah! hahaah ... agak2 berapa dia dapat ek? "isk! tak aci nih, mesti bnyak, kan?" soal yang ketiga plak! "berapa kau dapat?" so, ini jawapan dia ... "kau nampak tak pokok ketapang yang peling besar kat depan tu? ha ... aku terlanggar pokok ketapang tu tadi! nilah bnyak darah nih!" hahahah ... siapa suruh laju sangat, kan? belum lagi habis tiga disebut, terus tekan 160km/j! hahaha ... 

P/S : siapa yang memiliki blackberry tu detail lebih lanjut tidak diketahui ... heheheh!    

4 comments:

hestyrezyuda berkata...

hahaha... pengakhiran yang aku sendiri tak dapat nak fikir...

Keyrill Eduardo Willeyhem berkata...

@hestyrezyuda hehehhe ... samalah! ni cikgu yang bagitau, keyrill plak share ngan korang! ahakz! :)

blur88 berkata...

hahha... bahane kalo laju sangat dan x reti menyabor...

Jom baca dan komen post terbaru Blur Pelancaran Live Blog

Keyrill Eduardo Willeyhem berkata...

@blur88 heheeh ... tulah pasal! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...