Sinetron Alisha

Salam ...



     Nampaknya Nia Ramadhani semakin sesuai melakonkan watak seperti gadis samseng. hehehe ... melawan sesiapa yang biadap terhadapnya. korang tau tak, Galang dan Riana juga yang mana asalnya kita tahu mereka berlakon dalam sinetron "Cinta Kirana" kini masih berlakon bersama Nia Ramadhani dalam sinetron "Alisha" ini. di sini sedikit screenshot sinetron ini.







Sinopsis :
Alisha bermula dengan orang tuanya, Ardi Sastranegara dan Rani Widuri berkahwin tanpa restu dari Ibu Dewi Sastranegara iaitu nenek Alisha. Suatu hari sedang Ardi, Rani dan Alisha berjalan-jalan, kereta mereka kemalangan. Ardi dan Alisha selamat dari kemalangan tetapi kerana wafatnya Rani, Ibu Dewi memberikan Alisha kepada Mirna. Mirna berhutang kepada Ibu Dewi dan kerana dia tidak mampu menjelaskan hutang-hutangnya, Ibu Dewi memberikan Alisha kepada Mirna untuk dijaga. Anak Mirna, Niko, dan Alisha menjadi teman baik tetapi persahabatan mereka berakhir ketika Mirna meninggalkan Alisha di dalam bas. Alisha kemudiannya ditemui dan dijaga oleh Firman.

Alisha membesar menjadi seorang gadis cantik dan bersama-sama dengan Andre, sahabatnya, mereka menguruskan bengkel Firman. Niko di situasi lain adalah merupakan pemilik hotel yang sombong. Takdir memainkan peranan dalam kehidupan Alisha dan satu hari 'ia' menemukan Niko yang telah bertemu dengan kemalangan yang hampir menyebabkan kematian. Niko telah kehilangan memori dan Alisha pula yang mengurus Niko. Dia akhirnya menjadi sebahagian dari keluarga Alisha. Di situasi yang lain pula, Mirna dan tunangan Niko iaitu Caca, mencari Niko. Apabila mereka menemuinya, bagaimana mereka semua menghadapi kenyataan bahwa ternyata Caca dan Alisha sebenarnya adalah adik-beradik? Siapa yang akan menjadi pilihan Niko?


cuma apa yang keyrill ingin komen mengenai sinetron ini, rambut Nia Ramadhani aje yang tak sesuai pendek begitu. hehehe ... apa yang keyrill dapat tahu, tahun pengeluaran sinetron ini adalah pada tahun 2007! lama sudah tu ... ahakz! anyway, jom layan trailernya pulak. Dalam videonya nanti, baru korang dapat lihat sendiri Riana dari "Cinta Kirana" ... layan!

2 comments:

tengkorakemas berkata...

lama gile!tapi tak pernah pun jumpa ditayangkan?

Keyrill Eduardo Willeyhem berkata...

@tengkorakemas ha'ah la, kan? tapi dah ada Cinta Kirana ... xpe! heheheh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...