Bruno Mars "The Lazy Song"

Salam ...



Youtube  |  Facebook  |  Twitter  

   Yeay! dah dapat update blog lagi dah ... hehehe. okeyh, kepada yang memang layan sangat2 Hitz.fm tu, korang mesti selalu dengar kan single terbaru dari Bruno Mars nih, "The Lazy Song". hehehe ... apa yang bestnyer mengenai music video nih? best sebab lagu dia ala2 raggae dan sedap telinga mendengarnya. kedua, video klipnya plak boleh tahan dengan monyet2 yang memang dikatakan memang berbakat dengan koreografi dorang kat lagu nih. ketiga, tempat rakamannya plak cuma satu aje, maybe ini bilik tidur Bruno Mars kot? hahahaha ... anyway, memang layan jugaklah lagu nih ... jom tonton si monyet-monyet generasi baru nih!



McFly "Shine A Light" ft Taio Cruz

Salam ...


                


   Ni single yang release tahun lepas, kan? hehehe ... korang kenal tak dengan band McFly nih? erk ... tak kenal lagi? Keyrill pun baru aje kenal dorang a weeks ago. Korang mesti tahu kan kalau Keyrill suka mana2 lagu. Sudah semestinya lagu yang selesa dan telinga memang tak puas ingin mendengarnya. hehehe ... itulah yang Keyrill selalu buat, dengan mendownload lagu dorang yang best2 dan duduk depan lap nih sambil enjoy lagu dorang. Kalau tak silap, dorang mula hidup dalam dunia hiburan dalam tahun 2005. So, sudah menjangkau 7 tahun dah ... dan tahun lepas dorang mengeluarkan album lagi setelah lama mendiamkan diri dengan single gandingan dorang bersama Taio Cruz, "Shine A Light". Memang layanlah! 




Lady Gaga "The Edge Of Glory" (Audio)

Salam ...



   OMG! I love you, Gaga! Tak sangka plak single terbaru dia muncul secepat ini ... I'm speechless, dude! Kali ini Lady Gaga kembali menghangatkan dunia hiburan dengan single terbarunya nih, "The Edge Of Glory". Well, kenapa plak tiba2 dia nih menceritakan dan menyanyikan lagu keagamaan? ni yang best nih! so, maybe dia nak mengubah pandangan orang ramai mengenainya ... apa2pun, memang boleh tahan jugaklah single dia yang satu nih ... Entahlah bila video klip yang nih keluar ... baru aje audio yang release kat you tube tadi! heheeh ... 




Final Destination 5

Salam ...



Tanpa korang pinta, korang melihat  
peristiwa buruk akan berlaku! Apa yang akan korang lakukan?

   Semakin hebat dan ngeri pulak movie Final Destination nih, kan? Semakin kreatif dorang mereka movie sebegini. hehehe ... Entahlah, dengar2 movie nih release 12 August 2011. Sama-samalah kita tunggukan k. Betul ke tak? Tapi, dari trailer yang Keyrill tonton sebentar tadi memang benar dan belum ada mana2 movie mempunyai part dalam trailer nih. So, i guess trailer nih memang Final Destination yang ke-lima lah (memang pun)... 

Sedikit info yang Keyrill dapat tahu mengenai movie Final Destination 5 nih, seperti Final Destination yang pertama sampai yang keempat, jalan ceritanya sama cuma kemalangan di awal cerita dan bagaimana mereka boleh terbunuh. And, dalam movie nih ... Kemalangan pertama berlaku di jambatan plak. Di sini, sekumpulan remaja belajar untuk mengatasi kematian yang akan dorang lalui dan akan berlaku bila-bila tanpa diduga. Tapi memang ngeri lah kan cara2 kematian dorang. Mereka sepatutnya mati dalam kejadian jambatan runtuh tetapi mereka lari dari kematian dorang. So, dapatkah mereka mengatasi kematian apabila masanya tiba? okeylah, tak nak becakap panjang. Masa untuk menonton plak!



Cody Simpson "iYiYi" ft Florida

Salam ...


               


   Semakin bertambah artis yang berbakat ketika masih muda lagi. Apatah lagi mereka adalah diantara yang berumur 15 tahun ke atas. Semestinya mereka memang dikenali ramai dan sudah pasti mempunyai peminat sendiri, kan? Yang pertama berjaya menaikkan nama adalah ... siapa lagi kalau bukan Justin Bieber. Dan nampaknya JB harus bersaing pulak dengan seorang lagi artis muda yang kini mula menjadi buah mulut orang ramai, Cody Simpson. Memang tak nafikanlah bahawa Keyrill memang meminati lagunya "iYiYi" bergandingan Florida. hehehe ... well, mampukah JB mempertahankan kepopularitinya? 



Red Riding Hood

Salam ...


           

   Well, saja2 nak share dan update mengenai movie yang satu nih, Red Riding Hood. Kepada yang dah tonton tu, baguslah coz Keyrill belom tonton lagi. Bukan apa, nampak macam movie Twilight ... memanglah, kan? Dah director dia pun dari movie Twilight. hehehe ... Lagipun, Keyrill memang boring sangat2 tonton movie Twilight, tulah pasal xnak tonton movie yang nih plak. Masih ingat lagi time keluar ngan kawan time movie Twilight : New Moon dulu, sempat lagi tidur ... huhuh ...

Tapi boleh tahan jugaklah movie ni dari Twilight ... sorilah kepada peminat Twilight dan Red Riding Hood sebab Keyrill cakap macam tu. Mesti ramai peminat punya kalau citer macam ni. Apa tidaknya, dahlah hero die hensem2, heroin dia plak cantik2 ... hehehe ... okeyh, jom! xmo cakap bnyak lagi ... 



Glee "Born This Way" Performance

Salam ...
    
     

   Okeyh, yang ini Episode 18 punya citer. Nampaknya Kurt kembali lagi menyertai kumpulan lamanya, New Direction. What about The Warblers? Apa yang akan berlaku dengan 'buah hati' Kurt, Blaine? Adakah dorang still dengan hubungan dorang? Tambahan lagi, adakah Kurt masih kena buli selepas dia menyertai New Direction? Semuanya terjawab di Fox, channel 711. Alright, jom layan persembahan dorang, Born This Way yang mana asalnya dari Lady Gaga. hehehe ...



The Adventures of : "Paul" the Alien

Salam ...



Kita memang mempunyai bnyak kawan2 kat fb, blogger, twitter dan sebagainya ...
tapi ... pernah tak korang bayangkan apabila tanpa diduga korang bersahabat dengan
yang bukan manusia? Apa yang akan korang lakukan?

   May ini, pawagam akan dipanaskan pulak dengan movie Paul si Alien nih. Memang dah dapat dibayangkan aroma popcorn yang menunggu di kaunter makanan untuk dibeli pada 12 May 2011 nih! hehehe ... keyrill nak jugak tonton movie Paul nih, nampak macam best aje, kan? Sesuai untuk tontonan budak2 ...yang tua2 pun apa salahnya, kan?

About Paul : 
Simon Pegg dan Nick Frost digabungkan untuk perjalanan komedi Paul sebagai dua Geeks sci-fi ziarah yang mana membawa mereka ke daerah pedalaman UFO Amerika. Sementara di sana, dengan tidak diduga dipertemukan pulak dengan orang asing yang membawa mereka pada perjalanan gila yang menukar alam semesta mereka selamanya. Selama 60 yang tahun lalu, alien bernama Paul telah bersembunyi di sebuah pangkalan tentera. Ketika Paul mendapati yang dia akan ditawan,  Paul memutuskan untuk melarikan diri dari tanah dan hop dengan keluar dari kenderaan sebuah menyewa yang mengandungi Earthlings Graeme Willy (Pegg) dan Clive Gollings (Frost). Mereka menjadi buruan  dan dikejar oleh agen-agen persekutuan. Bagaimana mereka melindungi Paul? Sama2lah kita nantikan 12 May nih k ... Paul diarahkan oleh Greg Mottola Superbad, dari sebuah cerita oleh Pegg & Frost. Memperkenalkan jugak Jason Bateman, Kristian Wiig, Bill Hader, Blythe Danner, Joe Lo Truglio, John Carroll Lynch, David Koechner dan Sigourney Weaver



Nicki Minaj - Super Bass Music Video Premiere

Salam ...



   Okey, yang ini pulak dah lama Keyrill tunggu-tunggukan music videonya. Yelah, kan ... dah namanya single terbaru. And, Keyrill dah makin 'jatuh cinta' kat si Nicki Minaj nih ... erk? what about Gaga? hehehe ... apa2pun, Keyrill minat kedua-duanya. So, sampaikan kawan2 keyrill pun kata, "Aik? Dah x suka dengan Lady Gaga lagi ker?", "Dah tukar dengan artis baru ek?" ... ape2 jelah ... ahahha. 

Bagi Keyrill, awalnya memang x kenal sangat dengan si Nicki nih. Selepas single dia ngan Will.i.am tu, Keyrill try tonton sebab dengar2 lagu gandingan dorang Check It Out memang disukai ramai jugak tahun lepas, kan? hehehe ... then lepas tngok dia kat video tu, kiutnyer die! hehehe ... single dia, Moment 4 Life best jugak, cuma Keyrill x minat aje. Tulah pasal x update single dia yang satu tu. Okeylah, masanya untuk menonton plak!  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...