Lady Gaga selebriti berpengaruh mengenepikan Oprah Winfrey

Salam ...


           
NEW YORK 19 Mei - Penyanyi Lady Gaga berjaya mengenepikan jutawan media, Oprah Winfrey sebagai selebriti paling berpengaruh tahun ini dalam satu senarai yang dikeluarkan Forbes semalam.

Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta, naik empat anak tangga ke kedudukan teratas senarai tahunan ‘100 selebriti paling berpengaruh Forbes 2011’, yang mengukur penguasaan penghibur berdasarkan pendapatan, liputan media serta populariti dalam media sosial.

Menurut Forbes, pendapatan penyanyi wanita itu dalam tempoh 12 bulan lalu dianggarkan sebanyak AS$90 juta (RM270 juta), selain mempunyai 32 juta pengikut di Facebook dan 10 juta di Twitter. - Reuters
                                                                                                                                                                              
 

Itulah antara petikan akhbar hari ini. Memang kagumlah dengan dia ni. Isu mengenai dia berjaya mengenepikan jutawan media, Oprah Winfrey sudah tersebar melalui internet dan paling ketara adalah blogspot. hehehe ... apa yang kita belum ketahui dan akan kita ketahui sekarang, korang mesti tahu dengan lagu "Born This Way" dia, kan? Lagu dia tu kini berjaya dimuat turun sebanyak 1 juta kali hanya dalam masa 5 hari! isk3 ... memang bukan calang-calang oranglah dia ni. Even Britney Spears yang mana dulunya terkenal dengan nama "Queen of Pop" kini sudah diambil alih oleh si Lady Gaga. Apa2pun, memang sudah menjadi lumrah dalam dunia selebriti kalau bab-bab turun naik nama kita tu, kan? 



"Friday" by Rebecca Black now taken by Glee Cast

Salam ...


             


   Korang dah dengar lagu daripada Rebecca Black "Friday"? Xkan tak tahu, kat hitz.fm pun ada parody lagu tu. hehehe ... entahlah begitu bnyak yang x suka lagu si Rebecca Black tu sampai beribu-ribu orang 'dislike'. Hurm, memang sedap lagu tu, tapi masalahnya ... her voice gonna make me pain! So, here the solution for you! Now that song was taken by Glee Cast! So do Jj & Ean at hitz.fm. hehehe ... Klik sini untuk Jj & Ean version They can sing better than the original! Wow! Jom dengar versi Glee plak!



Your Highness Movie 23 June 2011

Salam ...



   Okeyh, update movie lagi kali ini. Sebelum tu, nak bagitau something terlebih dahulu. Kepada yang dengki and memang x suka dengan blog Keyrill ni, cuba korang skroll atas sekali ... then, tutup browser korang tu. Keyrill malas nak gaduh-gaduh ngan korang. Nanti x pasal2 SPM keyrill x berkat dibuatnya. hehehe ... blog Keyrill nih xde pun kutuk2 korang. Aku punya blog, suka hati akulah nak buat apa, kan? Kalau ya pun benci dengan penulisan aku nih, kalau boleh haramkan aje dari bukak blog ni ek! Faham?!

Fuhh! Manusia sekarang nih, memang begitu. Xde kerja nak cari gaduh! Anyway, movie "Your Highness" plak jadi mangsa tempat melepaskan kemarahan. hehehe ... okeylah, forget about it! Xda guna nak fikir, buat sakit hati aje. Ni ha, kali ini update movie "Your Highness" plak. Dah tonton movie ni tak? hurm ... Keyrill pun tak pasti lagi. Yang pasti nya, movie ni release kat Malaysia 23 June 2011. Kalau tak tahu lagi, jom Keyrill ce cite ce cite ngan korang ...


About Your Highness :


Terciptanya sejarah, terdapat dua beradik di sebuah istana yang mana Fabious (James Franco) adalah pahlawan perkasa yang telah diajar untuk menjadi legenda yang berani manakala Thadeous (Danny McBride) hanya hidup dengan dunianya di istana. Suatu hari, Belladonna (Zooey Deschanel) tunang kepada Fabious telah diculik dan mereka ditugaskan untuk menyelamatkan Belladonna sebelum kerajaan mereka hancur dan musnah. Mereka harus berhadapan dangan pelbagai halangan. Berhadapan dengan kuasa jahat (Naga) yang membahayakan mereka. Dan inilah yang mengajar Thadeous erti perjuangan. Jom kita sertai penjelajahan yang penuh dengan lawak dan aksi dua beradik ini dalam misi menyelamatkan tunang Fabious. hehhee ...



Lady Gaga "Hair" New Single Release

Salam ...



Facebook  |  Twitter  |  Youtube 

   Wah, non-stop music on demand dia punya new single ni release! Asyik keluar aje lagu baru dia. Dahlah lagu hits2 plak tu ... hehehe ... memang speechless dibuatnya! Tapi, buat peminat Lady Gaga ajelah, kan? Kepada peminat dia ni, memang excited sangat2 kan kalau ada lagu baru dia yang release. Esok mesti ada announcement kat hitz.fm (my favourite radio station! heheh ...) pasal single dia terbaru nih. Video klip "The Edge Of Glory" belum lagi keluar, kan? Apa2pun, memang layan lagu dia yang satu nih. 




Now in Cinemas : Real Steel (2011)

Salam ...




  
     Biasanya kita menonton movie bertinju versi manusia vs manusia, kan? Tapi bagaimana pulak dengan ini? Pernah korang menonton movie sebegini sebelumnya? Movie yang release pada 7 Oktober 2011 ni. X lama lagi tu, kan? Apa2pun, setelah keyrill menonton trailernya, memang boleh menggegarkan pawagamlah. Keyrill tertarik sebab belum pernah mana2 movie yang membuat movie sebegini rupa. So, mungkin akan mendapat sambutan. Kalau Transformer tu lainlah, kan? Itu real2 robot (dalam movie). Hehehehe. Yang ni, dahlah watak utama pun Hugh Jackman. Hurm ...

About Real Steel :





   

     "Real Steel" merupakan sebuah filem aksi mengenai seorang bekas petinju Charlie Kenton (Hugh Jackman) yang berhadapan dengan pelbagai rintangan. Dia cuba mendapatkan satu kesempatan terakhir dan kembali beraksi untuk bertinju lagi. Dan kini dia berpasukan pula dengan budak bernama Max (Dakota Goyo). Pada awalnya, Charlie tidak menyetujui kehendak Max supaya mereka menjadi satu pasukan. 

Namun, Charlie memilih untuk bertanding lagi bagi mengembalikan kejuaraannya. Mereka bersama-sama membina dan melatih robot pesaing mereka walaupun seringkali gagal dan sentiasa ditewaskan. Untuk mendapatkan robot yang betul2 hebat, mereka mencari robot tinju di sebuah kawasan yang terbuang di bawah tanah milik Charlie dan ... mereka menjumpai robot yang mana masih lagi elok dan masih tahan. Kali ini mereka sama2 membaiki dan melatih robot tersebut dengan peralatan berteknologi tinggi. Bagaimanakah itu? Berjayakah mereka? Jom layan dulu trailer dia ...




Fright Night August 2011

Salam ...

    
    Ni ha movie Fright Night yang entah bila plak tarikh release nya. heheh ... Maybe bulan Ogos ni kot? Malas plak nak search. hurm, dengar2 movie nih diubah dari movie klasik yang dulu jugak dengan tajuk yang sama, Fight Night. Keyrill tngok trailer movie dia macam best je, so nak jugaklah update. heheh ... kali ini bagaimana pulak jalan ceritanya? Jom baca ... Charlie Brewster (Anton Yelchin) merupakan pelajar sekolah menengah dan dia bertemu dengan jirannya Jerry (Colin Farrell). Charlie pada awalnya tidak mempercayai bahawa Jerry adalah seorang vampire kerana dilihatnya, Jerry seorang lelaki yang hebat. Dan suatu malam, untuk membuktikan kata2 sahabatnya, Charlie mendapati Jerry keluar rumah dan Charlie cuba mencari kebenaran dengan menceroboh masuk rumah Jerry. What's gonna happen next? Sama2lah kita tunggu ek ... hehehe ... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...