Lady Gaga "The Edge Of Glory"

Salam ...

    


   Aik? Nampaknya berupdate lagilah blog Keyrill ni ha. Yelah, apa tak nya, memang excited sangat nak share ngan korang yang Lady Gaga dah pun release MV untuk single dia The Edge Of Glory. Hurm, memang x boleh blah word layan Keyrill kalau lagu dia. Meh Keyrill nak share ngan korang photoshot MV dia ni supaya sebelum korang klik play untuk MV dia The Edge Of Glory nih. Coz, Keyrill tahu korang x suka dengan Lady Gaga, kan? Yelah, korang kan kata dia illuminati ... meh!








Hehehe ... Sabor jelah. Erk, sebut pasal "sabor jelah" teringat plak kat Usop Wilcha. Kalau tak silap Usop Wilcha dah jadi Dj radio Hot FM, kan? Tahniahlah buat Usop ... sori, melencong sat! Hehehe ... Okeylah, jom layan MV dia plak. Kepada yang rasa diri memang x berkenan tu, haramkan menyentuh play button ok! Ni untuk peminat and yang nak tngok aje dibenarkan view MV ni ...

Transformers : Dark Of The Moon 2011

Salam ...


           


   Release date 29 Jun 2011, kan kat Malaysia? Hurm, kalau macam tu, baguslah, bolehlah tonton hari Sabtu, 2 Julai. Kalau x caye, meh klik link nih! hehehe ... yelah kan, hari Jumaat susah nak kuar coz sekolah hari sabtu ajelah! Well, dah kumpul kawan2 untuk tonton bersama-sama. Ni yang best nih. Kalau korang dah tonton dia punya trailer kan, memang bnyak jugaklah aksi yang diselitkan dalam Transfomers 3 nih. Keyrill kasi 4.5 dari 5 bintang untuk Transformers 3 : Dark Of The Moon. Heheh ... bnyaklah tu.

About Transformers 3 :







Autorobot Bumble Bee, Ratchet, Ironhide dan Sideswipe yang diketuai oleh Optimus Prime, kini bersedia untuk beraksi lagi, cuba untuk mengatasi Decepticons yang berazam untuk membalas dendam kekalahan mereka di Transformers : Revenge pada tahun 2009 lepas, korang ingat lagi tak? Dalam filem Transformsers yang baru-baru ini, Autobots ngan Decepticons melibatkan diri dalam persaingan yang berbahaya antara AS dan Rusia, dan sekali lagi Sam Witwicky datang untuk membantu rakan-rakan robot beliau. Ada watak-watak baru juga tau, yang mana menggantikan Megan Fox termasuk penjahat baru dalam bentuk Shockwave, juga "Transformers" watak yang memerintah Cybertron. Sementara itu, Autobots dan Decepticons bersaing dengan hebat di Bumi. Nak tahu bagaimana Optimus Prime dengan pasukannya mengalahkan pasukan Cybertron? Jangan lupa saksikan dalam 3D dan IMAX 3D tau. Keyrill memang confirm akan tonton 3D punyalah ... hehhhe!  



Cowboys & Aliens 2011

Salam ...


           


   What you gonna do, when you just wake up and you 
don't know where you are? What had been happened? 
and you even don't know yourself? ...

   Keyrill baru aje selesai menonton trailer movie ni kat youtube. Movie arahan Steven Spielberg, Ron Howard, Brian Grazer, Alex Kurtzman and Roberto Orci. Untuk pengetahuan korang movie ni release pada 18 Ogos 2011. Erk? Kalau tak caya, meh ... klik link ni! Apa2pun, memang boleh tahan jugak ini punya movie lor ... Takpe, tunggu bulan Ogos ni. hehehe ... Jom Keyrill ada cite nak kongsi ngan korang ....

About Cowboys & Aliens : 







Jake Lonergan (Daniel Craig) merupakan pendatang asing yang kehilangan memori masa lalunya. Bangun sahaja dari tidur, dia mendapati diri di gurun dan tidak mengetahui apa yang telah berlaku. Sebenarnya, tersimpan sebuah rahsia yang mana dia tidak ketahui dan pernah dia lakukan juga lalui di masa lalunya. Satu-satunya petunjuk masa lalunya adalah melalui objek aneh yang tercengkam kuat pada pergelangan tangannya. Akankah dia berhadapan dengan masa lalunya? Bagaimana dia menghadapi semua itu? Jom kita saksikan di pawagam k ...



J Rice "Thank You For The Broken Heart"

Salam ...


         


   hurm, berupdate lagi nampaknya ... hehehe. Okey, korang tentu tak beberapa familiar sangat dengan J Rice ni, kan? Kalau korang kenal tu, good then. Untuk korang yang memang tak kenal lagi dengan dia ni, meh Keyrill ceritakan sikit pasal dia ngan korang. Memanglah bukan selebriti yang dikenali ramai dan x dikenali lagi di Malaysia ni. Dia mula cenderung dalam dunia hiburan kat youtube sejak 2006 lagi. Hurm, lama dah tu. Sekarang nama dia jugak dah mula meningkat dan no wonder dia boleh nyanyi lagu sendiri, kan? So, nak dengar nyanyian dia? Ha, jom ... 




Katy Perry "Last Friday Night (T.G.I.F.)"

Salam ...


       


    Dah dengar single terbaru dari Katy Perry? Untuk pengetahuan korang, single dia ni diterbitkan setelah munculnya single Rebecca Black, Friday yang mana tidak mendapat sambutan ramai di youtube. Korang boleh pergi tngok kat link ni ... sini sini! Okeylah, back kepada topik. Apa yang bestnyer mngenai single terbaru dia nih? Ha, ni dia Keyrill nak ce cite ce cite ngan korang. Kathy Beth Terry nama dia dalam MV ni. Malam Jumaat tu, ada party kat rumah jiran dia Rebecca Black. She's ugly sebab tulah dia x teringin nak join party tu and ... admire kat Steve Johnson. Di sinilah kisahnya bermula. hehehe ... nak tahu lebih detail, jom tonton ...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...