Journey 2 : The Mysterious Island

Salam ...


   Uit, lama sangat dah nak tonton movie Journey 2 ni, sejak dari awal tahun lagi tau. Bukan apa, selepas menonton trailernya di youtube awal tahun 2012 ini, nampak macam best, IMAX 3D plak tu. Uish, memang dah agak dah movie ni kesinambungan movie Journey To The Center Of The Earth. Ha, kepada mereka yang belum menonton movie Journey 2 ni, pergilah tonton, sure xkan memboringkan korang. Tonton yang 3D, okey? Heheheh ... Jom!


About Journey 2 : The Mysterious Island!


Lokasi Penggambaran : Hawaii (USA), New York City, Wilmington

Tarikh release : 26 January 2012


Diarahkan oleh : Brad Peyton

Penulis Skrip : Brain Gunn, Mark Gunn 

Pelakon :
Josh Hutcherson ... Sean Anderson
Dwayne Johnson ... Hank Parsons
Vanessa Hudgens ... Kailani
Micheal Caine ... Grandfather
Kristin Davis ... Liz Anderson
Luis Guzmán ... Gabato

Genres : Action, Adventures, Family


Take A Shoot!












Sinopsis : Segalanya bermula apabila Sean Anderson (Josh Hutcherson) menerima isyarat kecemasan yang berkod dari sebuah pulau misteri di mana pulau tersebut dikatakan tidak wujud! Sebaliknya, The Mysterious Island benar-benar ada dan disitulah tempat hidupan pelik, gunung emas, gunung berapi, dan ianya memang pulau yang menakjubkan. Segala hidupan yang kecil di bumi menjadi besar manakala hidupan yang besar menjadi kecil. Datuk Sean iaitu Alexander Anderson (Michael Caine) hilang ketika menerokai pulau yang dinamakan Pulau Misteri ini. Hank Parsons (Dwayne Johnson) cuba menghalang niat anak tirinya Sean untuk menyelamatkan datuknya namun dia turut ikut sama. Di pangkalan, mereka bertemu dengan juruterbang helikopter a.k.a Gabato (Luis Guzman) juga anak perempuannya yang cantik dan kuat semangat iaitu Kailani (Vanessa Hudgens). Misi mereka mencari pulau ini adalah untuk menyelamatkan datuk Sean sehingga membawa mereka ke pengembaraan yang menakjubkan di Pulau Misteri tersebut! Jom tonton trailernya ...




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...