Bon Jovi "I'll Be There For You"

Salam sejahtera ...




   Selamat pagi kepada warga pembaca blog Keyrill. Semalam dimana-mana laman web baik di fb, blog, twitter, youtube ... ramai yang share mengenai berita Whitney Houston meninggal. Yeap, org ramai masih x tahu apa punca nya. Keyrill pun terkejut jugaklah, x sangka sgt, kan? Apa nak buat bnda dah jadi. Keyrill memang minat giler ngan Whitney Houston ni sebenarnya. Semoga keluarga beliau mendapat hikmah disebalik kejadian meninggal secara mengejut sebegini. 

Back 2 topic, belek punya belek blog Keyrill sendiri sebentar tadi ... uit, terjumpa plak ngan entry mengenai Dennis Trillo, uit, teringat plak ngan video beliau menyanyikan lagu I'll Be There For You single Bon Jovi yg mendapat sambutan hangat suatu ketika dahulu. Last2, best plak lagu ni kan. Teruslah Keyrill update entry music video Bon Jovi ni. Klik sini untuk music video ... Jom dngar audio, klau suke ... download ek. Hehehe





Klik sini untuk download mp3!
(Right click and save link as ...)


Whitney Houston Meninggal Dunia

Salam sejahtera ...  




LOS ANGELES: Ratu muzik pop, Whitney Houston, 48, meninggal dunia pada Sabtu pukul 3.55 petang (waktu tempatan) di bilik Hotel Beverly Hilton yang didiaminya. Jurucakap Whitney, Kristen Foster mengesahkan berita kematian penyanyi yang popular dengan lagu The Greatest Love Of All itu sebentar tadi. Punca kematian Whitney menjadi tanda tanya apabila ia tidak didedahkan oleh keluarga penyanyi kesayangan ramai itu. Alicia Keys turut berada di hotel tersebut, untuk melihat Whitney buat kali terakhir.
Bagaimanapun, menurut polis di Beverly Hills, Lt Mark Rosen, kematian tersebut masih lagi dalam siasatan polis. “Setakat ini, kematian ini tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah,” katanya. Tambah Rosen, pihaknya menerima panggilan daripada pihak sekuriti hotel berkenaan pada pukul 3.43 petang apabila mendapati Whitney tidak sedarkan diri.
sumber : mstar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...