Bicara Hati - Episode 02

"BICARA HATI"
  Episode 02

      Alyana diam. Dia merasa serba salah. Perasaannya tidak tenang. Fahrin yang sedang khusyuk memandu lantas ditolehnya. Pemuda itu kelihatan bersahaja! Tiada riak wajah marah. 'Apa agaknya dia fikirkan pasal aku?' Bisik hati kecil Alyana. Dahinya berkerut. Perasaannya tetap ingin tahu.

      "Fahrin..."Perlahan nada Alyana menuturkan ayatnya. Dia perlu meminta maaf atas kesalahannya sebentar tadi. Fahrin menolah ke arahnya dengan senyuman manis. Alyana diam. Senyuman itu menutup mulutnya untuk berbicara. "yeap! napa ni?" Pemuda itu bersuara. "Ermm...sor...sorry!" Balas Alyana dengan serba salah. Kali ini dahi Fahrin pula berkerut. Gadis itu ditolehnya denga tanda-tanya. Alyana tergelak kecil.

      "Sorilah pasal tadi" Alyana memberanikan diri untuk bersahaja dengan Fahrin. "Oh, fikirkan apa tadi? buat risau ajelah awak ni." Fahrin membalas dengan senyuman manis sebentar tadi yang tidak lekang terukir di bibirnya. Pemanduan diteruskan. Kali ini diam beraja di antara mereka. Tiada sepatah kata pun dituturkan. Masing-masing diam. Alyana pula, tersenyum.

       Sudah bertahun-tahunmereka bersahabat, banyak kenangan yang mereka lalui bersama. Alyana memandang Fahrin dengan penuh minat. Baginya, Fahrin seorang pemuda istimewa baginya. Tiada cacat celanya pemuda itu di matanya apatah lagi di mata gadis-gadis di luar sana. Alyana merasa gembira. Bahagia hidupnya setiap kali bersama pemuda itu. 

       Apa tidaknya, dalam banyak-banyak kawan perempuan pemuda itu, cuma dia yang masih bersama pemuda itu walau bertengkar sekalipun, mereka tetap kembali bersama, sebagai sahabat! Semua tentang pemuda itu, dia tahu segala-galanya. Apatah lagi hobinya yang 'playboy' itu. Untuk mendapatkan gadis-gadis cantik, memang Alyana lah sasarannya untuk mendapatkan gadis yang dia inginkan itu. Itulah Fahrin!
  
       Cuma satu yang Alyana masih tidak pasti, entah mengapa Fahrin ingin bersamanya sehingga kini? Dahulu, setiap hari, setiap minggu, pasti pasangan pemuda itu bertukar-tukar. Walaupaun begitu, Alyana sentiasa ada untuknya. Alyana menggelengkan kepalanya memikirkan kisah hidup pemuda itu. Fahrin ditoleh dengan senyuman manis. 'Apakah yang akan berlaku selepas ini?' Soal hatinya seorang diri. 

        Kenyataannya, dia memang tidak ingin kehilangan pemuda itu. Dia ingin sentiasa bersama Fahrin, tapi entah sampai bila...???
                                                                                                                                                                                              


BERSAMBUNG...


Klik sini untuk sambungannya! Episode seterusnya ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...