Bicara Hati - Episode 05

"BICARA HATI "
    Episode 05


        Alyana menyabarkan diri. Permintaan Fahrin supaya dia balik sendiri benar-benar melukakan hatinya. Salahnya juga sebab merosakkan date time Fahrin bersama Siti sebentar tadi. Air matanya jatuh di sepanjang perjalanan. Dia benar-benar merasa serba salah. Apa dia nak lakukan sekarang untuk mengambil hati pemuda itu lagi? Sekali gus memaafkannya? Semuanya sudah terlambat! Dia dapat merasakan Fahrin mula membencinya. 'Alyana! Alyana! Kenapalah nasib kau mcm ni?' Hatiinya berbicara. Tangisnya masih belum berhenti. Dia tidak ingin kehilangan Fahrin, namun kni Fahrin benar-benar hilang darinya ...


       "Alyana!" Sahutan itu menyedarkan dia dari lamunan ketika sedang dalam perjalanan pulang ke rumah. Dia kenal suara itu. Dengan segera dia mengesat air matanya. Lantas dia menolah mencari wajah pemilik suara itu. 'Fahrin!' Dia memang sudah agak. Dalam hatinya, dia tersenyum. 'Pasti dia nak minta maaf kat aku?!' Alyana cuba meneka. Dia segera memberhentikan langkahnya setelah Fahrin berada betul-betul di hadapannya. Wajah pemuda itu dilihatnya serius! 'Alamat apakah ini?' Detik hati kecilnya tertanya-tanya. 


        "Fahrin?" Alyana cuba bersuara. "Awak lupa bawa sapu tangan awak ni." Fahrin membalas. Alyana menghela nafas berat. 'Ingatkan nak minta maaf atau nak maafkan aku? huh!' Gembira di hatinya sebentar tadi hilang dengan serta-merta. "oh...thnks." Itu sahaja yang mampu dia tuturkan setelah Fahrin menghulurkan sapu tangannya itu yang lantas disambutnya. Dia cuba bersahaja. 


        "Tak apa! Pasal tadi, saya minta maaf k. Saya berkasar pada awak. Serba salah pula rasanya." Fahrin memandang Alyana dengan penuh berharap agar gadis itu memaafkannya. Alyana tersenyum. "Okey! Saya pun minta maaf gak ..." Balas Alyana dengan gembiranya sehingga tidak sedar dirinya memeluk Fahrin !! Fahrin tersentak!? Dia kaku tatkala gadis itu memeluknya. Seluruh badannya dirasakan bagai terapung. Namun, pemuda itu cuba mengawal diri. 'Alamak! Apa aku buat ni? Aku peluk Fahrin?' Dia bagaikan tidak percaya. Alyana melepaskan pelukannya dengan segera. Nyata wajahnya serba salah.


         "Maafkan saya! Saya pergi dulu ..." Alyana berasa malu. Wajahnya cuba ditundukkan di hadapan Fahrin. Tidak ingin dia melihat wajah pemuda itu. Dia tidak sedar Fahrin memandangnya dengan senyuman manis. 'Terima kasih, Alyana!' Detik hati kecil Fahrin. Alyana terus sahaja berlalu dari situ tanpa mempedulikan pemuda itu yang ditinggalkan. Fahrin memandang langkah gadis itu dengan lemah. Alyana marahkan dirinya ker? ... Kali ini dia pula yang diselubungi tanda-tanya.       




BERSAMBUNG...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...