Kunjungan - Part 3 (2011)



     Kini, petir memancarkan cahayanya untuk yang ketiga kalinya. Dan aku tidak melihat bayangan wanita itu lagi. Aku tercari-cari ke mana perginya bayangan itu. Aku menghembus nafas lega. Namun, keempat kali petir memancarkan cahaya, dengan penuh perasaan terkejut aku melihat wanita itu sudahpun berada betul-betul di tepiku. Kali ini aku menguatkan dan memberanikan diri untuk bingkas bangun lalu menuju ke arah suis utama berdekatan dengan pintu utama. Dengan segera aku menghidupkan semula cahaya di dalam rumahku itu.

     Setelah keadaan menjadi terang-benderang, aku tidak melihat byangan wanita itu lagi. Apa yang aku rasa ketika itu hanyalah ketakutan yang amat sangat. Kalau aku lemah, sudah pasti aku tewas dengan perasaan aku sendiri. Dengan langkah yang lemah aku menuju ke arah telefon rumah untuk menelefon kedua ibu bapaku. Itu sahaja yang aku rasakan dapat membantu aku melepaskan diri dari gangguan mistik itu. 

     Berkali-kali aku mencuba talian, namun tidak berjawab. Hatiku sedari tadi memang tidak sedap. Mak dan ayah tidak juga memberi khabar mereka sudah sampai atau belum? Aku meletak talian. Hujan lebat mungkin penyebab mereka sukar dihubungi. Aku tidak tahu untuk berbuat apa2. Apa yang aku harapkan adalah tidak ingin lagi diganggu kejadian-kejadian pelik seperti sebentar tadi. Kali ini aku melangkah menuju ke arah dapur untuk membuat kopi panas. Manalah tahu dapat menenangkan perasaanku yang takut itu. 

     Aku menarik nafas dan menghembuskannya dengan berat. Dapatku rasakan hatiku lega ketika itu setelah hujan berhenti namun masih rintik-rintik. Petir pula sudah tidak kelihatan lagi. Setelah air kopi siap, tiba-tiba aku mendengar bunyi ketukan di pintu utama. Dalam hatiku hanya berharap bahawa kedua-dua ibu bapaku sudahpun sampai. Aku menuju ke arah pintu utama untuk memastikan kebenaran itu. Setelah pintu kubuka, aku benar-benar terkejut apabila melihat nenek yang mengetuk pintu dengan keadaan basah kuyup.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...