Britney Spears on Glee Season 2

Salam ...



   we're back to Glee! drama comedy yang begitu diminati ramai ... so, no wonder kalau sesebuah drama English diminati ramai, artis undangan akan turut berlakon sama untuk menaikkan lagi dan menarik minat penonton untuk menonton drama tersebut. lagipun, ianya untuk menghilangkan rasa bosan dikalangan penonton dan sekali gus merasa tidak menyangka bahawa artis yang mereka minati berlakon drama, kan? begitu jugak dengan si Britney nih ... Legend plak tu, hehehe ... okaylah, jom layan video lakonan Britney sat ...


no wonder keyrill juga peminat dia dari dulu lagi ... hurm, kita ni bila plak dpt jumpa superstar macam ni, kan? berangan ajelah ... sedikit yang keyrill tahu, dia merupakan cheerleader yang baru ... hurm, kalau nak tngok macam mana dia mendidik anak-anak muridnya, jngan lupa saksikan di, Star World setiap selasa 8.55 pm. tidak ketinggalan jugak, John Stamos ngan Charice, International pop star! see ... selebriti yang memang diminati ramai, kan? nak pengsan ...



The Eagle Movie 2011

Salam ...



   hurm ... nampaknya, esok plak movie 'The Eagle' ni mula ditayangkan di pawagam yang ada di Malaysia ... kepada yang memang minat dengan movie yang bergenre perang dan aksi, boleh tonton movie nih, tapi selepas tonton trailernya nampak ... hurm, agak kureng lah! tapi tak tahu lagilah jalan cerita dia macam mana, kan? kalau best, x jugak rugi ... masih ada lagi peluang untuk menontonnya, kan? heheheh ... cuma yang bestnya, hero Channing Tatum tu memang keyrill sukalah ... kat movie G.I Joe dulu keyrill suka lakonan dia ... She's The Man jugak tak kurang hebatnya ... ahakz!

okeylah, jom kita layan trailernya plak ... sedikit yang keyrill tahu mengenai movie nih, dia merupakan seorang anak raja dan menjelajah bersama hamba nya, semacam The Adventures of Merlin, Raja Arthur dengan si Merlin tu. tapi jalan penceritaanya berbeza sedikit dengan movie nih, so ... nak tahu, kenalah tonton, kan?



Backstreet Boys - Just Want You To Know

Salam ...


          

   nampaknya hari ini penyerahan Sijil Penilaian Malaysia berlangsung di sekolah keyrill. hurm ...masalahnya, today i'm absent! erk ... jadi tak dapatlah nak join amik gambar senior-senior tahun lepas. hukhukhuk ... apapun, semoga mendapat keputusan yang cemerlang lah ek ... kepada yang x mendapat keputusan yang baik tu, jangan risau ... gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya, kan? bekerja cari duit pun dah okey, yang penting pandai baca ABC sampai Z ... 


entah napa hari ni kepala ni boleh pusing dan pening jadinya. nasib baik tak pengsan kat bilik air pagi tadi time mandi bersiap-siap nak turun sekolah. haish! lepas tu, berdenyut-denyut plak ... nak tak nak, terpaksa batalkan niat nak turun sekolah hari ni ... esok plak, kena berdepan dengan guru kelas! tenang ajelah ... be cool! dia tak makan manusia pun, kan? hehehe ...


so, keyrill buang boring dengan meng-update plak lagu band yang memang dah lama dalam dunia hiburan nih, Backstreet Boys dengan lagu mereka Just Want You To Know. lagu lama yang sudah 7 tahun keyrill mencari! masa tu keyrill Darjah 5 lagi. erk? biar betul? yeap, betul ... bukan apa, keyrill dulu mana ada lappy or pc ... kalau nak tahu ada lagu baru pun dengan mendengar radio aje. so, baru sekarang dapat mendownloadnya ... hehehe ...



see that image? cuba teka keyrill download guna apa? laju tau kalau nak download musik, video dan sebagainya ... hhehehe ... korang cari sendiri, keyrill dah bagi clue ... dah dapat jugak lagu tu, x puas dengar! hehehe ... okeylah, jom nyanyi dengan keyrill sekali ... layan!




Lookin' at your picture from when we first met
You gave me a smile that I could never forget
And nothing I could do
Could protect me from you that night
Wrapped around your finger, always on my mind
The days would blend 'cause we stayed up all night
Yeah, you and I were, everything, everything to me.

Chorus:
I just want you to know
That I've been fighting to let you go
Some days I make it through
And then there's nights that never end
I wish that I could believe
That there's a day you'll come back to me
But still I have to say
I would do it all again
Just want you to know

All the doors are closing, I'm trying to move ahead
And deep inside I wish it's me instead
My dreams are empty from the day,
The day you slipped away

Chorus:
And I just want you to know
That I've been fighting to let you go (oh)
Some days I make it through
And then there's nights that never end
I wish that I could believe
That theres a day you'll come back to me
But still I have to say (yeah)
I would do it all again
Just want you to know

Bridge:
That since I lost you
I lost myself (ohhh)
No I can't fake it
There's no one else

Chorus:
So I just want you to know
That I've been fighting to let you go
Some days I make it through
And then there's nights that never end
I wish that I could believe
That there's a day you'll come back to me (back to me)
But still I have to say (I have to say)
I would do it all again (do it all again)

I just want you to know (cuz I've been fighting)
That I've been fighting to let you go (ohh)
Some days I make it through (and then there's)
And then there's nights that never end
I wish that I could believe (yeah)
That there's a day you'll come back to me (but still)
But still I have to say (I have to say)
I would do it all again
Just want you to know



Sucker Punch Movie Screening Mac 2011

Salam ... 


              

   kini semakin hampir tarikh 24 Mac 2011 untuk screening movie "Sucker Punch" di pawagam ... Memang confirm penuh panggung lepas ni! nak jugaklah ajak 'gf' tngok sama-sama. dia mesti suka punya ... watak utama perempuan, bertambah lah lagak hebat dia nanti! hahahah ... isk! melencong sudah ... okeylah, memandangkan kat Kuching sekarang dah ada 3 pawagam, so i think Lotus Five Star (LFS) is better! the new one ... bukan sahaja 3D, murah dan jelas plak tu ...

sedikit komen mengenai movie ni, it's 3D ... korang pun tahu kan 3D tu macam mana? many action editing from computers and games! so, no wonderlah dorang tayangkan dalam 3D. tapi, kebnyakkan 3D movie ni best2 dan bnyak aksi ... itu untuk menghilangkan boring penonton. and selebriti yang diminati dan dikenali ramai juga menjayakan movie ni dengan turut serta berlakon sebagai watak utama ... siapa tak kenal Vanessa Hudgen, kan? heheh ...   nak beri bintang pun tak tahu lah sebab belom tonton lagi, kan? anyway, jom gegarkan panggung 23,24 dan 25 Mac 2011 ni ...


About this movie :
About a little girl who is trying to hide from the pain caused by her evil stepfather and lobotomy. She ends up in a mental institution and while there she starts to imagine an alternative reality. She plans to escape from that imaginary world but to do that she needs 
to steal five objects before she is caught by a vile man. The story is set in the 1950's.



Tunjukkanlah Aku Cintamu - Bahagian 09 (Akhir)

      Sally sedang menemui seseorang di Restoran Pearl. Misi sudah diatur untuk mencapai matlamatnya. Gadis itu tidak peduli apa yang akan berlaku. Yang terpenting baginya kini hanyalah dengan membunuh Alia. Harapannya, berharap agar Hariz akan menikahinya setelah kepergian Alia. Sally tersenyum riang. 'Kau takkan lepas dari aku Hariz' hati kecil Sally berbicara dengan penuh harapan. 
   "Macam mana? Semua kau dah aturkan?"
   "Tenang bos, selagi saya berkhidmat dengan bos, selagi itulah saya saya akan lakukan yang terbaik dan takkan mengecewakan bos!"
   "Baguslah kalau macam tu. Ingat, jangan sampai gagal. Kalau rancangan ini gagal ... siaplah kau!"
Ugutan itu membuatkan Kelvin sedikit terkejut. 'Berani wanita ini' bisik hati kecil Kelvin sambil mengerutkan dahinya. Cepat-cepat dikawal supaya riak wajahnya tidak dikesan oleh gadis di hadapannya itu. 
   "Baiklah, saya janji takkan gagalkan rancangan ini"
Kelvin membalas dengan selamba. Sally dipandangnya penuh keyakinan. Dilihatnya Sally mengeluarkan sesuatu dari dalam beg tangannya.
   "Ini untuk kau. Kerja kau mudah aje, aku nak kau langgar wanita ini, nama dia Alia. Aku rasa kau kenal, kan?"
Beritahu Sally dengan mempamerkan foto Alia. Kelvin mengangguk dan kemudiannya tersenyum. 
   "Beres bos!"
Balas Kelvin lagi yang masih dengan tatapannya pada foto Alia. Wang pendahuluan yang diserahkan Sally juga foto milik Alia lantas disimpan Kelvin kemudiannya. 
   "Ingat! Tak boleh gagal. Buatlah macam mana kau nak. Yang penting bagi aku, pastikan dia betul-betul mati! Faham?"
   "Faham bos!"
Setelah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Kelvin, Sally dengan segera beredar dari tempat itu. Dia tidak ingin ada orang tahu apa yang sedang dirancangkan dan dilakukannya. Namun, ternyata tekaannya silap! Seseorang telah merakam apa yang telah dirancangkan Sally bersama Kelvin.
   "Sepandai-pandai tupai melompat, tak lama lagi kau akan jatuh ke tanah jugak ... itulah kau Sally, bodoh sangat!"

   Alia sedang mengemaskan meja kerja Helmi. Helmi sudah lama meninggalkan pejabat. 'Jumpa kekasihlah tu!' Detik hati kecil Alia sambil tersenyum. Dia perlu menyiapkan tugasnya sebelum pemuda itu berada di pejabat. Perutnya yang sedikit membesar itu diusap perlahan. 
   "Tit! Tit! Tit ..."
Dengan tiba-tiba juga tangannya berhenti melakukan tugasan. Dengan keluhan yang lemah Alia lantas mecapai telefon bimbitnya. '1 new massage?' Hatinya tertanya-tanya. Tanpa membuang masa, tangannya menekan punat membaca ...

                                 "Alia, aku nak jumpa kau kat Restoran Pearl                                     
                                 sekarang jugak. Ada hal penting aku nak                                                  
                                 bagitau kau. Cepat datang!"                                                                                                                                                                                              
                                 
Setelah membaca mesej itu, Alia mengerutkan dahinya. 'Siapa pula dia ni? Ganggu ajelah!' Hatinya berbicara pula. Kerjanya lantas diteruskan. Namun, perasaan tertanya-tanya dan ingin tahu mengenai mesej yang diterimanya sebentar tadi, meninggi. Tanda-tanya harus ada jawapannya. Alia merasa serba salah andai tidak mempedulikan mesej yang diterimanya itu. 
   "Ah, lebih baik aku pergi. Lihat apa yang berlaku, kan?"
Ujar Alia seorang diri kemudia beredar dari pejabat Helmi. Dirinya ingin segera mendapatkan jawapan dari tanda-tanya yang bermain difikirannya. Terjawabkah?


   Kelvin bersiap sedia untuk menjalankan tugasnya. Kunci kereta lantas diambil untuk menghidupkan enjin kereta. Namun, belum sempat Kelvin memasuki keretanya itu, seseorang muncul dengan tiba-tiba lalu menarik Kelvin untuk keluar dari kereta. Kelvin tersentak.
   "Woi, kau buat apa ni? Kau ni siapa?"
   "Aku siapa tak penting. Aku tau apa kau buat. Jangan harap kau akan dapat melanggar Alia. Aku ada bukti!"
Kelvin benar-benar terkejut. 'Apa maksud orang ini?' Soalnya dalam hati. Pemuda di hadapannya itu dipandang tajam. Dia diam tanpa kata.
   "Apa bukti kau?"
   "Kau nak tahu? Ini!"
Dengan segera orang itu mengeluarkan kameranya dan memainkan video rakaman yang dirakamkan sebentar tadi. Kelvin terkejut lagi. 
   "Kalau kau taknak aku berikan rakaman video ini kepada Alia, Hariz, dan semua orang, kau boleh masuk penjara tau?"
Kelvin mendiamkan diri lagi. Dia kaku untuk berbuat apa-apa. Dia tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku sekiranya dia masuk ke dalam penjara.
   "Tolong jangan beri rakaman itu kepada sesiapa, aku takkan buat benda ni lagi!"
Pemuda di hadapan Kelvin tersenyum. Kelvin hairan.
   "Kalau kau nak selamat, sekarang kita membuat pertukaran, kau langgar Sally!"
Serasa ingin pitam ketika itu juga Kelvin setelah mendengar tawaran pemuda itu. Dia sudah tiada jalan lain selain dari menuruti kehendak pemuda itu, kalau tidak, dia boleh dipenjara bila-bila masa sahaja. 
   "Baiklah"
Kelvin menjawab perlahan. Daniel, bekas kekasih Sally tersenyum lebar.


   Alia mencari tempat parking dan setelah mendapat ruang, wanita itu lantas keluar dari keretanya dan ingin menuju ke destinasi yang telah dijanjikan. 'Restoran Pearl?' Soal Alia dalam hati. Matanya tercari-cari. Sally memandang ke seberang jalan raya. Matanya tertumpu ke arah sebuah bangunan di mana di tingkat bawahnya adalah sebuah restoran, Restoran Pearl. Apabila keadaan jalan raya selamat, Alia lantas menyeberangi jalan dengan perutnya yang kelihatan sedikit membesar. 
   "Sally?" 
Ujar Alia apabila melihat gadis itu yang mendahuluinya menyeberangi jalan raya. 'Apa dia buat kat sini?' Soal Alia dalam hati. Dengan segera Alia cuba mempercepatkan langkahnya untuk mengejar Sally. 
   "Sally!!" 
Alia menjerit memanggil Sally. Sally lantas menoleh. Dia tersenyum sinis. 'Tak lama lagi, maut menunggu kau, Alia!' Desis hati kecilnya penuh benci. Dia tidak sedar sebuah kereta meluncur laju datang dari sebelah kirinya. Alia yang sedar akan situasi itu lantas menjerit.
   "Sally, awas!!" 
Jerit Alia lagi memberi amaran kepada Sally untuk mengelak. Sally diam tanpa kata. Dia malah berhenti di tengah jalan. Alia lantas bertindak lalu menolak Sally ke tepi jalan. 
   "Aaarrgghh!!"
Alia terguling-guling di atas jalan raya itu. Jeritannya tidak lagi kedengaran. Sally benar-benar terkejut. Semua mata yang berada di kawasan itu turut tekejut. 
   "Alia!!"
Jerit Sally lalu menuju ke ara wanita itu yang sedang terbaring dengan lumuran darah. Kepala Alia lantas dipangkunya. Sally benar-benar menyesal dengan perbuatannya. Air matanya menitis perlahan-lahan melihat keadaan Alia sebegitu. Alia telah menyelamatkan nyawanya dari bahaya.
   "Tolong!!"
Jerit Sally lagi penuh sesalan. Orang ramai mengegerumuni mereka. Semuanya cemas.
   "Alia, bangun, Alia! Alia! Ya Allah, apa yang aku dah buat? Ya Allah ... "
Ucap Sally penuh sesalan. Alia masih belum sedarkan diri. Matanya masih tertutup rapat. Air mata Sally semakin deras membasahi pipinya.


   Dengan segera Hariz memarkirkan keretanya di hadapan Hospital. Dirinya tidak peduli andai keretanya disaman, yang penting baginya kini adalah keselamatan Alia dan anak di dalam kandungan isterinya itu. Sepanjang perjalanan menuju ke hospital sebentar tadi, dia resah dan takut. Penuh sesalan. Selama ini, tidak pernah ada bahagia yang dialami isterinya itu. Termasuk dirinya sendiri yang turut mempermainkan perasaan Alia. Tanpa diduga juga tanpa dipinta, air matanya mengalir perlahan. Sesalnya tak sudah.
   "Alia ... maafkan abang."
Ucap Hariz lalu menuju ke arah wad ICU dimana isterinya Alia ditempatkan. Perasaannya ingin mengetahui dengan segera keadaan isterinya, Alia.
Pintu wad ICU dibuka dengan segera. Persoalan yang bermain dimindanya harus diketahui dengan segera. Setelah Pintu terbuka luas, Hariz dengan segera mendapatkan Alia yang sedang terbaring lesu di atas katil.
   "Alia, bangun sayang. Alia, Ya Allah ... maafkan hamba. Tolong selamatkan isteri hamba, Ya Allah. Alia ... bangun sayang! Alia, janganlah buat abang macam ni. Abang tak boleh  hidup kalau Alia tinggalkan abang. Abang pinta. Alia, sedarlah ... lakukan untuk abang. Abang tahu Alia dapat melalui semua ini, bertahan ya sayang ..."
Tambah Hariz lagi dengan titisan air mata. Tiada esakan. Matanya merah menyala. 
   "Abang ..."
Kedengaran lemah suara Alia menusuki telinga Hariz. Hariz lantas mendongak dan menatap anak mata Alia. Air matanya berhenti mengalir.
   "Alhamdulillah, akhirnya kau sedar juga sayang. Maafkan abang."
   "Alia yang patut minta maaf pada abang. Alia tak dapat jaga kandungan Alia dengan baik. Alia menyesal dan tak boleh maafkan diri Alia sebab Alia tak dapat bagi abang zuriat."
Kali ini air mata Alia pula yang mengalir. Sungguh dia tidak menyangka lelaki seperti Hariz boleh menangis. Dulu, tidak pernah dia melihat wajah yang penuh kasih sayang seperti ketika itu yang Hariz tunjukkan, malah wajah yang penuh benci dan marah. Apa-apapun, tiada lagi yang dia ingin jelaskan. Andai Hariz marah dan ingin menceraikannya ... Alia redha! Dirinya sudah tidak dapat menghalang lagi. Namun, Alia silap! Malah, Hariz mencapai tangannya dan mencium tangannya penuh cinta. Air matanya semakin deras mengalir.
   "Alia janganlah cakap macam tu. Walau apapun yang jerjadi, abang tetap sayang dan cintakan Alia. Semuanya salah abang. Abang dah lukakan hati Alia."
Ucap Hariz lalu mencium dahi dan pipi isterinya itu. Alia hanya mampu tersenyum. 
   "Tak, abang tak pernah lukakan hati Alia. Alia yang dah lukakan hati abang sebab Alia tak boleh ..."
   "No no no ... Jangan cakap macam tu, okey." 
   "Abang ... Alia cintakan abang!"
Alia bersuara lagi. Inilah kali pertama Hariz mendengar Alia mengucapkan kata-kata itu dari bibir isterinya sendiri. Bertapa bahagianya dia ketika itu. Sekali lagi dia mengucup tangan Alia. 
   Sally yang berada di luar wad itu dapat merasakan bahawa dirinya benar-benar menyesal. Kini, tekaannya benar! Hariz lebih mencintai Alia dibandingkan dengan dirinya.
   "Aku harus pergi sebelum Hariz mencari aku!"
Ujar Sally dengan titisan air mata yang mula mengalir. Dia lantas meletakkan sepucuk surat di bawah pintu wad itu. Dia lantas beredar dari situ.


   Hariz menghentikan langkahnya. Kakinya terpijak sesuatu. Dengan segera dia mengambil dan membuka sampul surat tersebut. 'Untuk aku?' Detik hati kecilnya. Dahinya berkerut diselubungi tanda-tanya. Dia lantas membaca isi surat itu ...

                       Hariz, 
                             Maafkan aku! Aku menyesal kerana telah membuat
                       hatimu terluka. Sebelum kau tahu cerita yang sebenarnya,
                       lebih baik aku sendiri yang bagitau kau. Sebenarnya ...
                       aku yang nekad untuk melanggar Alia, namun ... apa yang 
                       berlaku adalah sebaliknya. Malah, dia yang menyelamatkan                         
                       aku ... Aku menyesal, Riz. Maafkan aku! 
                                                                                                                                      
                                                                                                Sally ...

   "Biadap! Wanita kejam! Aku takkan maafkan kau sepanjang hidupku!" 
Hariz benar-benar marah dan benci. Wanita yang dulunya dicintai begitu tergamak melakukan perbuatan keji seperti itu. Gadis itu sudah tidak dapat dimaafkannya lagi. Sally memusnahkan bahagianya. Surat yang berada di dalam pegangannya digenggam sehingga remuk dan dilontarkan entah ke mana ...


Tamat

World Invasion : Battle Los Angeles | Movie Preview

Salam ...



   best nih, semalam kawan keyrill ajak tonton movie ... keyrill on jer, dia kata dia belanja, sapa tak nak? hehehe ... just bayar for popcorn ngan pepsi aje, tiket? urusan dia. kitaorang pergi dalam pukul 8.45 p.m macam tu then ingatkan nak pergi The Spring Mall, Kuching ... tukar plan so pergi Lotus Five Star Cinema, Riverside Majestic. tak sangka plak ada panggung kat situ. hurm ... 3D plak tu! so, setakat nih yang keyrill tahu ada 3 panggung kat Kuching nih. nice ... 

ingatkan x best citer World Invasion : Battle Los Angeles ni, so tak rugilah luangkan masa 1 jam 56 minit dalam bilik panggung tu. citer ni mengenai askar marin yang bertempur dengan entah makhluk apa, aliens kot? lantaklah ... jadi, mereka terpaksa berhadapan dengan musuh yang begitu hebat dengan weapon2 yang tidak dimiliki manusia yang hanya menggunakan senapang, pistol, snipper, machine gun and whatever! cuma kelemahan alien ini adalah, mereka dikawal! selanjutnya, saksikan sendiri ek .. 3 star for this movie, hehehe ... jangan lupa, kepada peminat ne-yo, he's in this movie! so, apa tunggu lagi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...